in , , ,

Kesemua Model iPhone 12 Melepasi SIRIM, Termasuklah Pengecas Magsafe

Rasanya kita sudah cukup dibanjiri dengan berita-berita mengenai siri iPhone 12, namun masih tidak melihat kehadirannya di pasaran Malaysia. Terkini, siri iPhone 12 dilihat dalam senarai untuk kelulusan SIRIM. Ini bermakna ia bakal dilancar di Malaysia dalam waktu yang terdekat!

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai iPhone 12 yang dilihat dalam senarai kelulusan SIRIM. Hal ini menandakan bahawa siri iPhone 12 akan dilancar di Malaysia pada bila-bila masa sahaja. Terkini, kesemua model iPhone 12 dilihat dalam senarai SIRIM termasuklah pengecas MagSafe.

Dengan ini, kita pasti boleh menjangkakan tarikh penjualan atau pra-tempah siri iPhone 12 dan MagSafe di pasaran Malaysia dalam waktu terdekat. Sepintas lalu, siri iPhone 12 terdiri daripada iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. 

apple

MagSafe ialah pengecasan wayarles yang diperkenal seiring dengan pelancaran siri iPhone 12. Pengecas MagSafe melekap secara magnetik di panel belakang iPhone 12. Pengecas ini turut serasi dengan pengecasan Qi, jadi anda boleh mengecas peranti generasi iPhone 8 ke atas secara wayarles menggunakan MagSafe.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Pulang Ke Australia Untuk Urusan Melahirkan Anak

Rasa Lebih ‘Free’, Ini Sebab Utama Neelofa Ambil Keputusan Memakai Niqab