in ,

Syamsul Yusof Kasi Tawaran RM10,000 Jika Grab Jumpa Lelaki Ini

Syamsul Yusof mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik sekeping foto lelaki yang didakwa sedang dicarinya di Instagram. Siapakah lelaki tersebut?

Perkongsian Syamsul itu juga menarik perhatian pengikutnya apabila turut menawarkan sejumlah wang tunai sehingga RM10,000 sekiranya ada pihak yang berjaya menemukannya.

“Abang perlu perkhidmatan GRAB CAR. Sesiapa boleh fetch (ambil) mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan. Mamat ni dia di Kuala Lumpur sahaja, jadi dekat. 

“Walau dekat, Grab car saya bayar RM10,000 tunai. Apa-apa sila email saya di [email protected] atau DM sahaja di Instagram ini. #semboyanCalling,”

– IG Syamsul Yusof

Dalam hantaran tersebut Syamsul turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan seorang lelaki yang mengenakan jaket berwarna putih dan menggayakan cermin mata hitam di atas kepala.

SYAMSUL YUSOF

Biarpun tidak mendedahkan siapakah gerangan individu berkenaan, difahamkan, ia mempunyai kaitan mesej berbaur ugutan yang diterimanya baru-baru ini di media sosialnya. 

Ekoran itu, Syamsul kemudian membuat satu laporan polis di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Tindakan tersebut dibuat Syamsul selepas terdapat pihak yang didakwa cuba menganggu keselamatannya termasuk isteri dan anak-anak.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung tawaran yang dianggap cukup lumayan itu.

“Kasi kutip, tak boleh biar orang macam ni!

“Jom kita cari wak, bawa naik motor je, RM10,000 wow!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Luahan Hati Zynakal Dalam PERASAAN Berdepan dengan Detik Sukar dalam Hidup

Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Pulang Ke Australia Untuk Urusan Melahirkan Anak