in , ,

Lesung Pipit Anak Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Curi Perhatian Netizen

Ramai netizen memuji kecomelan anak kepada Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson, Isaac Raees selepas pasangan ini menyiarkan foto anak mereka dan sekaligus mencuri perhatian wargamaya dengan tanda lesung pipitnya di pipi.

Menerusi laman sosial Instagram, Zahirah berkongsi foto terkini anak lelakinya yang comel itu untuk tatapan umum.

“Isaac, my sweet boy. Ahh my heart melts for you @isaacraees @aimanhakimridza,” tulis Zahirah di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian tersebut, Isaac menunjukkan pelbagai reaksi wajah sehingga jelas kelihatan lesung pipitnya yang mencairkan hati.

Isaac dilahirkan pada 5 Januari lalu di Perth Australia kini turut mempunyai akaun Instagram rasmi yang diselenggara oleh ibu bapanya.

Sehingga kini, Isaac telah mengumpul seramai 86,000 pengikut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji wajah comel dan kacak anak lelaki pasangan romantis tersebut meskipun baru berusia dua bulan.

Bukan sahaja Zahirah, malah ramai yang turut ‘cair’ dan terpesona melihat lesung pipitnya yang unik dan dalam.

“Kacak betul lesung pipit dia,” komen seorang wargamaya.

“Pipi dia tu, comelnya,” puji seorang wargamaya.

“Isu cute sungguh dimples handsome ni,” kata seorang wargamaya.

“Insan terpilih, tak ramai baby yang berlesung pipit. Satu-satunya makhluk Tuhan yang terserlah kecomelannya, pandai senyum. Ikut mum and dad yang penuh dengan senyuma,” luah seorang wargamaya.

“Omg baby Isaac, look at your dimple!” tulis seorang wargamaya.

“Ahh that dimples so cute, cair tengok,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 105,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar Info, pasangan Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Menteri Agama Nasihat Sajat Supaya Serah Diri Supaya Keadaan Tidak Menjadi Tegang

Pengikut Semakin Ramai, Ebit Lew Belajar Main Tik Tok Dengan Aeril Zafrel?