in , ,

“Walaupun Cik Lan Lembut Tapi Tetap Bernafsu Lelaki” – Roslan Shah

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Roslan Shah mendedahkan dia bermimpi berkahwin dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Menurut Roslan, mungkin kerana banyak sangat cerita mengenai Vida bakal berkahwin sehingga dia bermimpi namun menganggap ia hanyalah mainan tidur semata-mata.

Kata Roslan lagi, dia sudah pun menghubungi Vida bagi menjelaskan mengenai perkara itu. Ujarnya, dia tiada niat langsung untuk mencari publisiti murahan. Ujarnya, meskipun dirinya berperwatakan lembut namun dia masih lelaki dan mempunyai fitrah yang sama seperti manusia lain.

“Maaf kata, Cik Lan hanya mimpi saja bukan isu ini serius pun dan sudah hubungi Datuk Seri Vida kasi settle dan tiada niat mencari publisiti murahan atau marketing pun. Tak terlintas di fikiran pun,”

Janganlah isu ini ditularkan sampai ada netizen memaki hamun serta menghukum saya. Saya juga sudah memohon maaf kepada Iqbal menerusi mesej langsung (DM) di Instagramnya.

“Jodoh, ajal dan maut Allah tentukan. Cik Lan akui seorang lembut dan jangan menghina dan mengutuk dari luaran saja ya tapi sifat kelelakian itu tetap ada dan nafsu..sebagai manusia boleh berubah,” katanya.

– Roslan Shah

Roslan juga berkata dia sedar dirinya tidak layak untuk berkahwin dengan Vida kerana dia bukan dikalangan kaya raya, namun tidak bermakna orang lembut tidak boleh bercinta.

“Saya memang tak layak berkahwin dengan Vida sebab saya bukan orang kaya-raya. Sebagai manusia, ada yang suka dan ada yang benci…itu semua adalah lumrah kehidupan kita.

“Yang penting kita jaga ibu dan ayah kita hingga ke akhir hayat walaupun kita seorang pelembut, dihina atau dicaci oleh manusia. Tak semesntibta seorang ‘lembut’ tak bole bercinta ya,” katanya.

– Roslan Shah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dulu Sentap Suami Jarang Ucap I Love You, Mia Ahmad Kini Lebih Matang 

SAJAT

Sajat Didakwa Terlibat Kes Tipu Duit Stokis, Netizen Kecoh Buat Spekulasi