in

Vlog GILA MAKAN di THE CANTEEN By Chef Adu

Dah lama dah kami tak shoot sesi food review GILA MAKAN. Jadi, baru-baru ini, kami berpeluang untuk mengunjungi THE CANTEEN By Chef Adu yang baru sahaja dibuka terletak di Muzium Tekstile.

Dengan bantuan adik beliau sendiri iaitu Chef Ana yang baru sahaja pulang dari London serta pertolongan dan kerjasama dari beberapa orang rakan, akhirnya Chef Adu dapat memakai semula apron yang digantung didinding dapur perniagaan yang sebelum ini diusahakan pada tahun 2012.

Food Review The Canteen

Haa, rasanya bukan senang nak menjalankan perniagaan restoran di sini memandangkan reka bentuk bangunan muzium yang berbentuk kolonial malah lebih menyukarkan lagi bangunan ini dah berusia lebih 100 tahun.

Lagi mencabar Chef Adu, apabila beliau mendapat tahu bahan api tidak dibenarkan untuk memasak sama sekali untuk mengelakkan kebakaran dan bau minyak masakan yang terperangkap dalam udara muzium. Fuh, sangat mencabar tu…

Hiasan Dalaman Yang Klasik Kontemporari

[dropcap]B[/dropcap]udiey sangat suka melihat sudut hiasan dan susun atur dalaman yang diilhamkan sendiri oleh Chef Adu. Jimat kos katanya tak payah nak upah interior designer lagi dah. Chef popular ni memang gemar dalam bidang hiasan dalaman dan sentiasa membeli barang hiasan dan perabut ketika mana dia pergi ke luar negara.

Dengar khabarnya, fabrik untuk The Canteen ini dibeli khas dari London dan Indonesia. Setelah melihat hasilnya, Budiey rasa sangat senang untuk berada di sini kerana sentuhan yang cukup eksklusif. Perabut yang klasik juga dipadankan untuk menyuntik kelainan dan bertepatan dengan selera chef Adu yang suka dengan konsep kontemporari tetapi masih mengekalkan akar umbi budaya dan sejarah.

[pullquote align=”right”]Bukan sahaja mahu mengecat sendiri dinding restorannya, Chef Adu juga mampu mengilhamkan tudung lampu (lamp shades) dengan juraian kristal yang dibuat sendiri.[/pullquote]

Segala persiapan dan proses masak memasak dibuat di rumah dan ada juga yang dimasak di restoran ini. Sebelum dibawa ke restoran, Chef Adu melakukan pemantauan menu yang seharusnya sempurna dari segi rasa dan juga kebersihan. Maklumlah, masakan yang dimasak perlu didingin bekukan dan dipanaskan semula membawa risiko jangkitan bakteria yang lebih tinggi berbanding masakan yang dimasak pada suhu selamat dan terus dihidangkan.

Selain dapat menyediakan makanan untuk peminat, The Canteen ini secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan Chef Adu dengan peminat setianya.

Jomlah tonton vlog GILA MAKAN ini. Tengok apa yang disajikan kepada kami.

Food Review The Canteen

Food Review The Canteen

Food Review The Canteen

Food Review The Canteen

Food Review The Canteen

Food Review The Canteen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program Menarik Sepanjang Ramadan Ini di RTM

Ulasan Jujur Filem ME BEFORE YOU dari Budieyators