in

Video Upin & Ipin : Dan Kawan Kawan Episod 1 : Air Kolah, Air Laut

Kepada korang yang ketinggalan untuk menonton Animasi Upin & Ipin di TV9 pada malam tadi, ha, Budiey ada letak kat sini untuk tontonan korang. Ajak la adik-adik dan anak sedara sekali tengok. Budiey suka tengok Upin Ipin ni sebab diorang ni comel lottey… hehehe.

Les’ Copaque Production ingin meminta maaf di atas kesilapan waktu tayangan bagi animasi Upin & Ipin pada laman web mereka. Waktu tayangannya ialah pada pukul 7.00 malam dan bukannya pada 7.30 malam. Sekiranya anda ingin menonton semula episod yang telah ditayangkan tadi, bolehlah menonton episod ulangan pada hari Khamis.

Berikut ialah jadual tayangan siri Upin & Ipin:

Isnin : Episod 1 (7:00 malam)
Selasa : Episod 2 (7:00 malam)
Rabu : Episod 3 (7:00 malam)
Khamis : Episod 1 (Ulangan) (7:00 malam)
Jumaat : Episod 2 (Ulangan) (7:00 malam)
Sabtu : Episod 3 (Ulangan) (7:00 malam)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Umie Aida & Imran Ajmain di Acara Doa Buatmu Palestin

Oscar Nominations 2009 Live Telecast 22 February