in

Gambar Umie Aida & Imran Ajmain di Acara Doa Buatmu Palestin

Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) telah menganjurkan acara amal, Doa Buatmu Palestin bagi mengutip dana untuk tabung mangsa di Palestin. Diadakan di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 1 dan 2 Februari ini bermula jam 10 pagi, Doa Buatmu Palestin menghimpunkan pelbagai nama dalam industri hiburan bersatu menyatakan pendirian mereka untuk menentang pencabulan hak asasi kemanusiaan itu.

Selain Imran Ajmain dan Umie Aida, artis lain yang menyatakan sokongan mereka ialah Salwa, Imuda, Akma Af, Erma Fatima, Zahida Rafik, Azwan Ali, Shazzy & suami, Rosli Mohalim – Sweet Charity, Fazli Zainal, Bienda, Shida Angkat Kaki, Suhaimi Meor Hassan.

Pelbagai aktiviti termasuk lelongan amal yang dijayakan selebriti dan pereka fesyen terkenal tempatan, persembahan nyanyian selain pameran serta temu bual bersama rakyat Palestin yang menetap di negara ini.

“Selain mengalu-alukan sumbangan ikhlas semua pihak, kami juga menyeru umat Islam untuk bersama menunaikan solat hajat selepas solat Zuhur dan Maghrib yang akan diimamkan imam jemputan dari Masjid Negara di Istana Budaya pada kedua-dua hari itu,” katanya.

Tambah Umie lagi, acara amal ini dijayakan oleh nama terkenal dalam industri hiburan yang turut bersedia menggembleng tenaga dan membantu menambah dana untuk disalurkan kepada mangsa kekejaman di Gaza.

“Biarpun baru dilancarkan, alhamdulillah kami sudah mengutip RM32,000 dalam seminggu menerusi tempahan 100 gerai jualan pada hari itu. Dengan publisiti meluas di samping sokongan semua pihak termasuk rakan artis yang bersetuju menjayakan aktiviti itu, kami berharap dapat mengutip sebanyak mungkin untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Umie berkata, antara artis yang akan menjual barangan pada karnival ini ialah Awal Ashaari, Chef Zam, Jaafar Onn, Linda Onn, Serina Redzuawan, Rubiah Suparman dan Zarina Zainuddin.

Aktiviti juga dijayakan pereka terkenal tempatan yang memberikan rekaan mereka untuk dilelong seperti Albert King, Alvin Tay, Azura Mazaruddin, Bill Keith, Iszal (Butik Citra), Calvin Thoo, Jarum Emas, Jovian Mandagie dan Kem daripada Kapas Couture. Turut menyatakan persetujuan ialah Michael Ong, Riezman Ruzaini, Radzuan Radziwill, Salikin Sidek, Shaiful Bahrim dan Zang Toi.

Artis yang terbabit dalam lelongan amal pula terdiri daripada Aleeza Kassim, Amy Mastura, Awal Ashaari, Betty Banafe, Dynas, Erma Fatima, Erra Fazira, Fazli Zainal, Fahrin Ahmad, Fazura, KRU, Liyana Jasmay, Melissa Saila, Ning Baizura, Que Haidar, Rosyam Nor, Umie Aida, Ummi Nazeera, Vanidah Imran dan Zahida Rafik.

Memeriahkan lagi karnival itu juga diserikan dengan persembahan artis yang dijayakan Rabbani, Fazli Zainal, Betty Banafe, Imran Ajmain, Aqasha, bintang Akademi Fantasia seperti Akma, Rizal, Aidil dan Salima, Salwa Abdul Rahman, Siti Fairuz, Noryn Aziz, Raihan, Jamal Abdillah dan Ramli Sarip.

Imran Ajmain telah menyanyikan dua buah lagu iaitu Seribu Tahun dan Selamat Ulangtahun Sayang yang diminta khas oleh Umie Aida.

3247528978 18152356Ec O | 4

3247529410 8Dbc8A03Af O | 5

3247529556 Cc7A74A1D9 O | 6

3246701697 3459E2Ed96 O | 7

3247530086 1376Fd3D2A O | 8

3246702705 B7D9Fd91Aa O | 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elyana Kena Busung Buatan Orang?

Video Upin & Ipin : Dan Kawan Kawan Episod 1 : Air Kolah, Air Laut