in , ,

“Bekas Isteri Pergi Jumpa Kekasih, Saya Boleh Jaga Anak,” – Keith Foo

Pelakon kacukan India-Cina, Keith Foo mendedahkan dia tetap berhubung dengan bekas isterinya Kim Raymond walaupun sudah bercerai Disember lalu.

Menurut laporan Kosmo! Online, pasangan itu tetap mencuba untuk menjadi ibu bapa yang terbaik kepada anak mereka Skylar Raymond Foo yang kini berusia tiga tahun.

Apabila ditanya mengenai bekas isteri yang kini seperti dalam proses mengenali hati budi seseorang, aktor berusia 38 tahun itu terbuka mengenai perkara tersebut.

Keith Foo

“Saya selalu gembira dengan siapa pun pilihan hatinya. Kalau dia ingin pergi ‘dating’, saya sangat galakkan, saya boleh jaga anak di rumah.

“Hubungan saya dengan Raymond tetap okey walaupun tidak lagi tinggal sebumbung sebagai suami isteri,” katanya.

– Keith Foo

Berbicara mengenai kehidupan sepanjang bergelar duda, pelakon drama Ariana Rose itu mengakui dia agak sunyi kerana berbeza dengan kehidupan sebelum ini selain tiada orang yang sudi berkenalan.

Keith Foo

“Saya tidak boleh tipu, rasa sunyi memang ada. Maklumlah, dulu sewaktu bangun tidur, anak di sebelah dan dia sentiasa ada di rumah. Sekarang, semuanya sudah berubah,” 

– Keith Foo

Namun, pintu hati pemilik nama Foo Chuan Chin itu tidak pernah tertutup untuk kembali mendirikan rumah tangga walaupun selesa dengan kehidupan solo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Motorola Edge S Bakal Dilancar pada 26 Januari, Dilengkapi Snapdragon 870

Animasi NELLA THE PRINCESS KNIGHT Khas Tontonan Si Cilik