in

Versi terbaru 90210 di 8TV

Drama bersiri versi terbaru yang mengisahkan kehidupan remaja ini bersiaran pada setiap hari Rabu pukul 10.00 malam.

Masih ingatkah anda lagi dengan drama bersiri remaja yang pernah meledakkan hiburan tv di awal tahun 90-an – “Beverly Hills, 90210”?

Kini, versi terbaru “90210”,  mula menghangatkan malam Rabu anda hanya di saluran hip 8TV.

“90210”, ialah sebuah drama yang menarik dalam versi moden tanpa menenggelamkan kisah asalnya ini telah mula bersiaran di kaca TV anda. Menampilkan barisan pelakon baru, “90210” versi baru ini telah mendapat sambutan hangat dari penonton di Amerika. Keberkesanan jalan cerita dan barisan para pelakon-pelakon baru yang hebat telah meningkatkan penonton setia rancangan ini sejak mula drama ini bersiaran.

Sekiranya anda ingin merasakan sendiri keghairahan liku-liku kehidupan di bawah kehangatan mentari California, rasakan pengalaman ini dengan menonton siri terbaru ini  di 8TV jam 10.00malam setiap Rabu.
 
Drama bersiri remaja ini berkisarkan tentang persahabatan, ikatan kekeluargaan, tipu muslihat dan juga pengkhianatan.

“90210” mengisahkan tentang dua beradik iaitu Annie Wilson (Shenae Grimes) dan juga Dixon (Tristan Wilds), yang baru pertama kali berada di West Beverly Hills High School yang sangat berlainan dari tempat asal mereka di Kansas.

Keluarga Wilson, iaitu ayahnya Harry (Rob Estes) dan ibunya Debbie (Lori Loughlin), telah berpindah ke Beverly Hills untuk menjaga nenek mereka Tabitha (Jessica Walter), seorang pelakon terkenal satu ketika dulu.

Satu perubahan yang amat ketara bagi Annie dan Dixon apabila menjadi orang baru di Beverly Hills, tambahan pula ayah mereka menjadi Guru Besar di sekolah baru mereka itu. Kehadiran mereka juga dapat dirasai oleh sekolah itu kerana Annie adalah seorang anak gadis yang berjiwa besar dalam bidang pementasan manakala Dixon pula seorang bintang olahragawan. Dixon adalah seorang anak angkat dalam keluarga Wilson.

Hubungan Annie dan Dixon sebagai adik beradik sangat rapat dan mereka telah berjumpa kawan-kawan baru termasuklah Naomi (AnnaLynne McCord dari pelakon “Nip/Tuck”), seorang rupawan dari keluarga berada, Ethan (Dustin Milligan), seorang olahragawan yang standing dengan Dixon, Navid (Michael Steger), seorang yang bercita-cita ingin menjadi seorang wartawan dan telah menerajui surat khabar sekolah mereka dan Silver (Jessica Stroup dari pelakon “Prom Night”), seorang yang suka menghasilkan dan membintangi video realitinya sendiri di You Tube.

Selain dari itu, keadaan West Beverly Hills High School sangat berbeza dari sekolah yang lain, kemudahan dan persekitarannya amat canggih. Manakala guru-guru mereka juga berbeza termasuklah Ryan Matthews (Ryan Eggold) seorang guru yang sangat pintar dan kelakar dan juga seorang kaunselor mereka yang sangat anggun Kelly Taylor (Jennie Garth, pelakon asal “Beverly Hills, 90210”). Banyak perubahan yang akan berlaku dalam keluarga Wilson sejak mereka berpindah ke Beverly Hills.

Menurut Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim. “Seperti yang sedia maklum ‘90210’ akan mencipta sejarah baru dalam rancangan televisyen di Malaysia. Kami amat teruja untuk menyiarkan rancangan bersiri terbaru ini dan kami pasti penonton juga ternanti-nanti akan kemunculan drama ini sejak pertama kali kami memaklumkannya. ‘90210’ ialah sebuah drama versi terbaru yang menyerikan lagi barisan-barisan drama kontemporari yang lain.”

Pastikan anda menjadi penonton setia 90210 yang bersiaran di 8TV pada setiap hari Rabu jam  10.00 malam. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat mononton!

Budiey: Selepas Parti Ulangtahun Ke-3 nanti, Budiey akan merancang satu pertandingan makeover pasangan pembaca budiey.com. Jadi, nantikan pengumumannya tidak lama lagi. Ingin diri anda diubah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki? Inilah masanya… Budiey ingin mencari 6 pasangan bertuah untuk mengikuti program realiti ini! Tidak lama je lagi… so korang kena tunggu! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DICEY BUSINESS

Mulakan Salun Kecantikan Anda Sendiri Dengan NU SKIN