in ,

Ustaz Ebit Lew Bongkarkan Hidup Zaman Susah Sampai Sukses

Entri terbaru dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew sekali lagi mendapat respon luar biasa warganet apabila mendapat hampir 700k ‘likes’ di Instagram beliau. Luahan Ebit Lew yang disertakan gambar beliau bersama isteri di hadapan banglo 3 tingkat itu susulan kepada beberapa pihak yang mempersoalkan duit sumbangannya.

View this post on Instagram

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun. Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya. Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat. Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Berikut adalah perkongsian Ebit Lew;

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul.

Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4 tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya.

Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Saya ada 3 restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah.

Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat. Syukur saya ada 2 program TV. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah.

Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak.

Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew

Ramai artis komen

Perkongsian menarik Ebit Lew itu bukan sahaja jadi perhatian warganet malah beberapa orang artis terkenal. Antaranya ada Shuib Sepahtu dan Aeril Zafril. 

”Allah sayang kita semua, Allah sayang Ebit Liew..” tulis Shuib. 

”SubahanAllah” tulis Aeril ringkas.

Sekali jiran Ustaz Ebit pun komen:

Menariknya jiran kepada Ustaz Ebit Lew turut memberi komen. Katanya, dia berasa bertuah kerana berjiran dengan pendakwah popular itu dan menyifatkan jirannya itu satu dalam sejuta. ” Bertuah saya berjiran dengan ustaz Ebit.. Walaupun Di sebalik pagar belakang rumahnya ..Bila nampak kereta dia keluar dah tahu mesti out station..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Demi DAMBA CINTAMU, Alif Satar Kembali Bergabung Vokal dengan Raihan

Abu Syafiq Tak Bersalah, Giat dengan Projek Sedekah Ramadan Pecah kamera