in ,

Abu Syafiq Tak Bersalah, Giat dengan Projek Sedekah Ramadan Pecah kamera

Entri ini adalah berkenaan dengan kerja bantuan khidmat masyarakat yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew yang telah mendapat tentangan beberapa pihak. Antara nama yang dikaitkan dalam isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq, yang dikatakan memuat naik status di Facebook mempertikaikan cara ust Ebit berkongsi mengenai sumbangan yang disalurkan.

Bagaimana pun, Ustaz Abu Syafiq dalam satu temubual telefon yang dibuat oleh bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, telah menjelaskan segala isu yang berbangkit kini. Menurut Ustaz Abu Syafiq, kenyataan awalnya berkenaan menjaga aib orang miskin sebenarnya tidak ditujukan khusus kepada Ustaz Ebit Lew. 

Namun, disebabkan kenyataan itu berpadanan dengan aktiviti kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit, membuatkan ramai mula menyangka bahawa status tersebut diTUJUKAN untuk pendakwah tersebut. 

“Kenyataan saya tiada kaitan pun dengan Ebit Lew sebelum ini…saya tidak kenal dan tak pernah bercakap dengan dia…”

Akan tetapi selepas isu itu mula tular, pendakwah tersebut terus membincangkan mengenai soal cara perkongsian ustaz Ebit mengenai golongan yang menerima sumbangan dirasakan tidak menjaga aib.

Justeru, apabila ditanya mengenai permohonan maaf, Ustaz Abu Syafiq menyatakan ia bukanlah keperluan untuk MEMINTA MAAF kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah…” 

Lepas Dikritik Teruk Oleh Warganet Kali Ini Ustaz Abu Syafiq Tampil Buka Mulut Komen Pasal Juadah Berbuka Yang Kkm Sediakan.

Ramai YANG SEDIA maklum yang Abu Syafiq, sedang “menjalani kuarantin” selepas pulang dari Turki. Hari ini beliau memuat naik satu video mengulas kualiti makanan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang dikuarantin.

Melalui rakaman tersebut, Abu Syafiq menunjukkan beberapa jenis juadah untuk berbuka puasa yang mengandungi nasi, 4 jenis lauk, sayur, sup, sambal, kek, epal, dan beberapa jenis kuih yang kelihatan sangat menyelerakan. Juadah tersebut disediakan oleh kerajaan untuk mereka yang baru balik dari luar negara ketika kuarantin.

Abu Syafiq juga menyoal kenapa kerajaan Malaysia menyediakan makanan yang sedap-sedap dan berkhasiat. Maksud beliau mungkin ingin menyindir segelintir kluster kayangan YANG sebelum ini mempersoalkan kualiti makAnan yang disedikan oleh KKM.

Ustaz Abu Syafiq Nekad Untuk Teruskan Juga Projek Sedekah. Terkedu Bila Tengok Syarat Yang Dia Tetapkan Kalau Nak Sertai Kumpulan Dia.

BEBERAPA HARI LALU, Abu Syafiq memuat naik gambar beliau bersama dengan pasukannya meneruSkan projek sedekah ramadhan pcah kamera.

Menurut Abu Syafiq, prinsip mereka ialah tidak akan tngkap gambar ketika menyumbang kepada fak1r m1skin, tapi hanya menurunkan tanda tangan sebagai bukti penyerahan barang. Menurut Abu Syafiq lagi, kononya dengan cara tersebut, mereka dapat menunjukkan cara yang betul bila bersedekah dengan tidak menga1bkan sesiapa. Berikut tulisan Abu Syafiq di akaun IG rasmi beliau

“Okeh! Team kami akan bergerak utk Projek Sedekah Ramadhan Pecah Kamera. Prinsip kami tidak tangkap gambar ketika menyumbang pada faki1r mi1skin. Tetapi tanda tangan serah barang dan jumlah. Tunjuk Cara Betul Tidak A1ibkan Sesiapa” tulis Abu Syafiq

Menurut beliau lagi, antara syarat mereka yang mahu menyertai projek ini, tidak boleh membawa sebarang handphone atau camera. Siapa yang ingkar syarat ini dengan merakam, maka camera dan handphoe akan dipcahkan atau di berikan kepada fakir miskin. 

Terdapat lima kriteria dalam menyertai PROJEK SEDEKAH RAMADAN PECAH KAMERA, antaranya, team ini tidak akan mengumpul duit orang ramai untuk digunakan dalam projek ini.

Sementara itu, Pu Amin menyatakan kehairanan beliau apabila ada pihak yang seronok apabila kerja sedekah dapat dihentikan. Menurut PU Amin, jika semua kebaikan dah dihentikan, maka kita sedang menjemput bal4 dan bncana. Berikut teguran yang dimuat naik PU Amin.

Tidak sangka sebenarnya ramai yang menyayangi pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew, meskipun pelbagai cerita tidak enak dan pandangan negatif sesetangah pihak terhadapnya.

Isu viral tentang Ustaz Ebit Lew itu bukan sekadar meraih tumpuan masyarakat bahkan beberapa pemimpin politik.Bekas perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak turut berkongsi kata-kata beliau kepada Ustaz Ebit Lew di mana beliau meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa Ustaz Ebit Lew.

Najib yang berkongsi hantaran di Facebook beliau turut memuatnaik keratan artikel dari Berita Harian yang bertajuk “Ebit Henti Agih Bantuan Selepas Dipanggil Polis”.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Facebook Najib Razak, beliau meluahkan rasa terharu dan terima kasih di atas hadiah yang cukup bermakna daripada ustaz Ebit Lew IAITU SEBUAH BUKU BERJUDUL MENELUSURI CINTA yang ditulis sendiri oleh Ustaz Ebit Lew. 

Menurut beliau, segala yang berlaku ini adalah ujian buat ustaz Ebit Lew, menandakan Allah kepada hambaNya. Malah, beliau juga yakin masih ramai yang menyokong usaha murni pendakwah tersebut.

Sementara itu, di ruangkan komen boleh dikatakan kebanyakkan netizen memberi sokongan dan kata-kata semangat buat pendakwah tersebut untuk terus sabar menghadapi ujian.

Ramai gembira ustaz kembali beramal

Rakyat Malaysia kebanyakannya dilihat sangat gembira dan ucap syukur terhadap kembalinya Ustaz Ebit Lew untuk mengulurkan bantuan kepada golongan susah. Malah, kecekalan dan ketabahannya menghadapi ujian sebelum ini turut dipuji ramai.

Polis mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memecahkan desas desus spekulasi, Ustaz Ebit Lew kini dilihat kembali menjalankan misi kemanusiaan dan perkara ini telah dikongsikan melalui laman Facebook rasminya.Beliau mengatakan telah bergerak ke Baling, Kedah selepas  bersahur untuk bertemu dengan keluarga yang dilihat memerlukan bantuannya.

Apa yang kita harapkan, ISU PERDEBATAN ANTARA PENDAKWAH INI DAPAT DISELESAIKAN dengan cara yang baik tanpa perlu ada permusuhan, kerana di bulan yang mulia ini tiada salahnya untuk saling bermaafan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit Lew Bongkarkan Hidup Zaman Susah Sampai Sukses

Isu Cincin Lambang Peribadi Sultan Johor, Tunku Idris Minta Penjelasan Wak Doyok