in , ,

Ustaz Abu Syafiq Dakwa Dirinya Difitnah Team Ebit Lew, Rancang Ambil Tindakan Undang-Undang

Belum pun reda dengan isu membabitkan 3 aktivis terkenal Ustaz Ebit Lew, Nadir Al Nuri dan Caprice kini muncul pula satu lagi isu hangat apabila melibatkan penceramah bebas, s Ustaz Abu Syafiq.

Abu Syafiq Al-Asy’ary menerusi instagram mendakwa dia telah difitnah oleh beberapa ahli pasukan Ustaz Ebit Lew.

Dia yang tampil menerusi satu video mendedahkan bakal membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap isu tersebut.

“Saya telah difitnah teruk dengan fitnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew.

“Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik,”

– Ustaz Abu Syafiq
Ustaz Abu Syafiq

Mengulas lebih lanjut dia berkata antara fitnah yang dilemparkan kepadanya iaitu dia menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew. Menurutnya tuduhan yang dilemparkan sangat berat sehingga mencalarkan imejnya sebagai seorang pendakwah.

“Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz Ebit Lew itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan fitnah itu terhadap saya, bukan Ustaz Ebit Lew.

“Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masalah kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,”

– Ustaz Abu Syafiq

Dakwanya lagi, dia juga sudah menegur individu tersebut namun dia enggan memohon maaf.

“Salah seorang daripada ‘teamnya’ akui telah memfitnah saya. Tetapi dia tidak mahu memohon maaf.

“Apabila dia memfitnah dan melaga-lagakan saya tanpa saya berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew, tiba-tiba melagakan saya. Bagaimana setelah dia memfitnah saya, dia tidak mahu memohon maaf,”

– Ustaz Abu Syafiq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Krim SAAPUU Berjaya Rawat Derita Ibu Saya,” – Nur Farahana Arshat

Facebook

Instagram Stories Perkenal Fungsi Terjemah, Mudahkan Pengguna Faham Lebih 90 Bahasa Asing