in

Unveil The Truth

BERSEDIA UNTUK MENYELAMI KEHIDUPAN PARANORMAL DAN MISTERI?
Tarikh Siaran: 3 Januari 2009 (Sabtu)
Masa: 6.00pm – 6.30pm

Setelah menerima sambutan yang cukup menggalakkan pada musim terdahulu, Unveil The Truth kini kembali dengan musim ke-2 yang pastinya lebih menggemparkan. Program yang mempunyai ramai peminat ini disiarkan bermula 3 Januari 2009 pada setiap hari Sabtu jam 6.00 petang hanya di saluran 8TV!

Unveil The Truth merupakan sebuah program hasil produksi 8TV yang membawa penonton semua menyelami dan menjejaki kehidupan paranormal yang penuh misteri. 

“Ini merupakan sebuah siri televisyen yang cukup berbeza berbanding dengan program-program lain yang disiarkan di 8TV. Dengan plot-plot yang cukup menarik, Unveil The Truth akan membawa anda kepada penemuan-penemuan yang luar biasa yang pastinya meninggalkan tanda tanya,” ujar Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Kim menambah “Saya berharap penonton berpuas hati dan terhibur dengan apa yang telah dimuatkan di dalam Unveil The Truth musim ke-2 ini,”

Musim ke-2 ini menjanjikan lebih banyak penemuan misteri dan mistik. Sepanjang episod berlangsung, penonton tidak hanya didedahkan dengan kehidupan ghaib dan paranormal malah dapat menyaksikan golongan yang mempunyai kelebihan luar biasa seperti ilmu kebal dan dapat membaca fikiran orang lain.

Program yang menampilkan Desmond sebagai pengacara akan membawa anda mengembara ke beberapa lokasi menarik untuk merungkai sejarah lama yang penuh misteri. 

Penonton di rumah pastinya kagum dengan penemuan-penemuan baru dalam Unveil The Truth musim ini dan yang penting dapat berkongsi pengalaman penuh misteri ini bersama Desmond.

Jika mempunyai kesangsian dalam segala perkara-perkara aneh yang berlaku di sekitar anda, jangan lupa untuk bersama-sama Desmond dalam ekspedisi penuh mistik dalam Unveil The Truth pada setiap Sabtu jam 6.00 petang hanya di 8TV. Siaran 8TV juga dapat ditonton melalui saluran 708 di Astro anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Kasut Bling Bling Siapa Ini

Fahrin Ahmad, Intan Ladyana, Aliff Dalam Super Soccer Star Malaysia