in

Trivia: Kasut Bling Bling Siapa Ini

Korang cuba teka, siapakah pelakon yang pakai kasut bling-bling ni masa Anugerah Juara Lagu ke-23 semalam. Klunya, hari tu, pelakon perempuan yang manis dan cute miut dengan senyuman manis ni kata kat Budiey, dia nak bawa sepanduk sebagai sokongan kepada boy friendnya yang buat persembahan di AJL. Tapi semalam, tak nampak pun dia bawa banner. Yang dibawanya, kakak dan ibunya. Tapi yang sahnya, dia dan bintang AF yang dulu chubby tapi sekarang kecut slim molim nih bagai belangkas dah. Ramai yang cakap, dia sedang mengidap DAP. (Dalam Alam Percintaan). Tapi katanya, hubungan tak jauh dari kawan biasa aje. Budiey perhatikan semalam, diorang ni kira kawan rapat sangat la. Siap pelakon filem Histeria ni belajar muzik dengan Aizat… ops, Budiey sebut Aizat ke? Alamak… Hahaha…Yelah, kan pelakon ni pun nak bergelar penyanyi gak satu hari nanti. Kenalah berguru dengan sifoo… huhu.

3208905158 4E26Ded47A O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hafiz Hamidun @ Anugerah Juara Lagu 23

Unveil The Truth