in

ChariTup Program Amal Selebriti Malaysia

CHARITUP!- PROGRAM AMAL ‘TWTUP’ UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kerjasama antara ‘Pengguna rangkaian sosial Malaysia’, DiscountDeal dan Selebriti Malaysia dengan berbesar hati menjemput anda untuk berkumpul pada program ‘twtup’ (perjumpaan pegguna twitter) yang dipanggil ‘ChariTup ‘.

_POT5288

Apa yang membezakan program pada kali ini berbanding program ‘twtup’ yang diadakan sebelum ini adalah kesan sampingan program ini iaitu membuat kebajikan. Kesan sampingan untuk ‘ChariTup’ ini boleh dijayakan dengan mengumpul sumbangan yang diberi melalaui pelbagai cara dan hasil pungutan akan disalurkan kepada ‘Mercy Malaysia’ yang kemudian akan digunakan untuk menyokong setiap bantuan yang diperlukan dan sesuai. Selebriti Malaysia menggunakan platform ‘twitter’ dan ‘facebook’ untuk menyumbang kepada program ini dengan cara menghebahkannya.

_POT5095

Sehubungan dengan itu, acara ‘ChariTup’ juga akan membina dan meningkatkan hubungan yang kuat antara peminat dan selebriti di Malaysia. Semua pihak bersatu untuk menyumbangkan dan memberikan sokongan yang terbaik untuk negara-negara yang terlibat dengan bencana alam. Kita tidak pernah tahu dan menjangka bila kita akan dilanda musibah, oleh itu, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk membantu satu sama lain dengan menyertai dan menjadi sebahagian daripada program ‘ChariTup’.

x2_5895c68

Dato’ Siti Nurhaliza bergambar dengan T-shirt ChariTup miliknya.

ChariTup!
‘Twtup’ adalah sesi pertemuan / sesi lepak dikalangan pengguna ‘twitter’. Sewaktu ‘twtups’, pengguna twitter berkumpul untuk bersosial dan memperluaskan rangkaian masing-masing dengan bertemu rakan-rakan, ‘followers’ dari ‘twitter’ dan juga untuk bertemu kenalan yang baru. Itulah kelebihan sebuah twtup.

Sebelum ini, ‘twtup’ telah diadakan contohnya seperti #1111twtup , #Oct23rdtwtup, #iHeartMalaysiatwtup, #twtupShahAlam, #twtupKells, #twtupHMM, #SateKajangtwtup dan lain-lain. #ChariTup adalah salah satu ‘twtup’ yang dianjurkan oleh DiscountDeal, dan disokong oleh komuniti twitter di Malaysia. DiscountDeal adalah sebuah syarikat yang menggunakan twitter sebagai platform untuk berkongsi perniagaan mereka kepada orang lain. Anda boleh melayari www.discountdeal.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang DiscountDeal.

Twitter di Malaysia sedikit berbeza daripada negara-negara lain. Biasanya, twitter digunakan untuk berkongsi maklumat, berita, ‘link’, dan idea-idea. Di Malaysia, Twitter dilihat sebagai pemangkin persahabatan rangkaian sosial. Pengguna Twitter di Malaysia sentiasa terbuka untuk berkenalan antara satu sama lain. Di Twitter, terdapat banyak kumpulan seperti ‘GengBlogger’, ‘GengKopiMahal’, dan ‘GengNescafe’. Walaupun demikian, setiap pengguna sentiasa bersatu untuk menyokong dan membantu satu sama lain bagi menjayakan sesuatu program. Oleh yang demikian, #twtup sangat popular dan mudah untuk dianjurkan antara pengguna twitter di Malaysia.

x2_584acad

Nabila Huda dengan T-Shirt custom made miliknya

Celebriti Tempatan
Ramai celebriti yang menyatakan kesediaan mereka untuk mengendali dan bersama membantu kerja amal ini. Antara celebriti yang terlibat adalah:

  1. Fazley Yaakob
  2. Iqram Dinzly
  3. Fouziah Gous
  4. Nabila Huda
  5. Ana Raffali
  6. Nabil Mentor
  7. Scha Al yahya
  8. Awal Ashaari
  9. Imran Ajmain
  10. Zahiril Adzim
  11. Altimet
  12. Andy Flop Poppy
  13. Rendra Zawawi
  14. Diandra

_POT5234

DiscountDeal
DiscountDeal menawarkan tawaran-tawaran yang istimewa dan unik di bandar-bandar di Malaysia. DiscountDeal menawarkan diskaun sehingga 90% untuk pelanggan-pelanggan dengan menjanjikan ‘perniagaan tempatan’ jumlah minima pelanggan. Konsep ini dikenali sebagai “group buying concept”. Pelanggan boleh membeli voucher untuk diri sendiri mahupun menghadiah voucher untuk orang lain. Di DiscountDeal, kami berjanji untuk memberi anda ‘The Best Deal in Town!’. DiscountDeal menawarkan produk atau servis dari Restoran, ‘Spa & Beauty Centre’, diskaun keahlian untuk Pusat Kesihatan (‘Gym’), muzium, aktiviti-aktiviti, tempat tarikan pelancong, dan lain-lain. Dalam erti kalata lain, semua barang dagangan. DiscountDeal akan mengfokuskan kepada Bandar-bandar tertentu di Malaysia bagi memudahkan pengguna untuk pergi dan menikmati pengalaman setelah membeli produk mahupun servis.

Mercy Malaysia
MERCY Malaysia adalah sebuah badan tidak berkepentingan yang memberi fokus kepada penyediaan bantuan perubatan, pembangunan kesihatan, dan aktiviti pengurangan risiko bencana alam bagi masyarakat. MERCY Malaysia menerima konsep bekerja dengan rakan kongsi dan sukarelawan serta memberikan peluang kepada individu untuk berkhidmat secara profesional. Kami mematuhi Kod Etika Antarabangsa Palang Merah dan Gerakan Bulan Sabit Merah dan NGO dalam mengendalikan Bantuan Bencana dan bertanggung jawab kepada para penderma dan penerima. Sebagai sebuah organisasi tidak berkepentingan, MERCY Malaysia hanya bergantung kepada dana dan sumbangan daripada organisasi serta individu dermawan untuk meneruskan perkhidmatan kami dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan.

Engage Media
Dunia sekarang bergerak pantas . Mobiliti meningkat pesat dan masa yang dihabiskan di luar rumah kini adalah lebih lama jika dibandingkan dengan dekad yang lalu. Engage Media akan melancarkan kiosk ‘voucher’ interaktif bagi pelanggan untuk memuat turun dan mencetak voucher pilihan untuk penebusan segera.

Penempatan kiosk interaktif ini di tempat-tempat strategik seperti di pasaraya, hub pengangkutan dan kolej membolehkan pelanggan memilih pilihan ‘voucher’ terdiri daripada makanan, pakaian, fesyen, produk elektronik dan sebagainya. Engage media percaya bahawa memuat turun ‘voucher’ adalah keputusan impulsif oleh pelanggan dan oleh kerana itu, lokasi di luar rumah dipilih.

Engage Media bekerjasama dengan DiscountDeal bagi memperluaskan tawaran ‘voucher’. DiscountDeal, dengan fokus memperoleh diskaun menarik daripada rakan-rakan niaga, akan dapat memanfaatkan kiosk interaktif Engage Media untuk menjangkau segmen baru pelanggan. “Ini adalah platform yang mana pelanggan bukan sahaja boleh mendapatkan ‘voucher’ daripada DiscountDeal, bahkan mereka boleh mencetak segera ‘vouher’ melalui kiosk kami. Kami percaya kiosk kami akan memberi nilai tambah kepada pelanggan melalui penjimatan simpanan dan masa. “Kata Chung Tack Soon, CEO Engage Media.

Engage Media juga menaja iklan 30 saat yang akan diudarakan melalui BizTV, di 320 rangkaian digital cawangan CIMB, kepada DiscountDeal sempena acara amal mereka pada pertengahan April 2011.Pihak yang berminat perlu membida kupon pengiklanan 30 saat ini semasa acara amal dan hasil penjualannya akan disumbangkan kepada Mercy Malaysia untuk menyokong kempen bencana alam mereka di Jepun.

_POT5067

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ultimate Parkour Challenge di 8TV

Up Close and Personal with Prince William & Kate Middleton