in ,

Ulasan Konsert Akademi Fantasia 5: Minggu Ke-2

Fesyen ala-ala millenium masa pengenalan diri pelajar memang sesuai dengan gimik ‘semangat robotik’. Kena sangat dengan tema dan logo AF kali ini yang lebih sinonim dengan dunia galaksi dan futuristik. Boleh kita tafsirkan bahawa konsep ini memberi makna bahawa pelajar perlu memandang masa depan, Jangan Pandang Belakang.

Filem ini akan menghantui pawagam pada 5 April ini. Tetapi, malam ini (27 Mac) jangan lupa ada pra tonton Jangan Pandang Belakang di UiTM Shah Alam. Pada pengemar filem sekalian, jumpa anda di sana ya! Untuk info lanjut, sila rujuk side bar di sebelah. (Hik! promote filem Ahmad Idham le pulok.)

Sebelum apa-apa, kredit perlu saya diberikan kepada Mr Manager kerana tidak jemu-jemu memberi jemputan untuk Sensasi Selebriti. Terima kasih banyak Bro. Vernon!

GAYA SYAWAL

Walaupun ter‘over run’ selama setengah jam, konsert Akademi Fantasia ke-2 memberikan nafas baru buat peminat program realiti TV nombor satu Malaysia. Setelah muzik konsert minggu pertama dikecam, setelah prestasi pelajar dikatakan merudum di tahap sifar… kini saya boleh katakan perubahan dan peningkatan positif konsert minggu ke 2 memutihkan noda-noda hitam yang terpalit pada konsert pertama.

Apabila muzik sedap di telinga, maka sudah pastinya pelajar mendapat ‘feel’ dan penghayatan yang baik, Syabas diucapkan buat Roslan Aziz kerana cepat-cepat memperbetulkan keadaan walaupun rasa saya muzik untuk lagu Menuju Puncak juga patut dikekalkan sebagai mana asal. Ini mengingatkan saya kata-kata Ramli M.S ketika ditemubual oleh AC Mizal, kata Ramli M.S., AF sudah tidak punya keaslian lagi. Sudah jadi caca marba. Mengapa harus ada unsur dan elemen daripada rancangan realiti yang lain?

Saya setuju dengan Ramli M.S. Contoh terdekat, pelajar yang keluar tidak boleh lagi berada di dewan dan ketika penyingkiran dan langsung terus dihantar ke kereta untuk dibawa pulang. Ini sudah menceduk program The Apprentice. Tapi ada juga yang kata, tidak jadi masalah kalau nak ceduk dari program realiti yang lain. Asalkan kena pada tempatnya dan menjadikan program itu lebih mesra di hati peminat.

Sedar atau tidak, kritikan Ogy Ahmad Daud kali ini sudah tidak pedas dan berbisa lagi. Seolah ada ‘tembok’ yang menghalang Ogy daripada menghamburkan kritikan yang lebih lantang. Seolah Ogy bukannya Ogy yang kita kenal ketika konsert pertama dulu. Ogy dilihat lebih ceria, guraunya ada makna, jenakanya memang mengamat suasana dan lebih tenang dari biasa.

Apabila ditanya media, Ogy menyangkal kritikannya kali ini dipengaruhi unsur dalaman, malah Ogy berpendapat persembahan pelajar yang meningkat sebanyak 60% perlu dihadiahkan dengan pujian. Ini semua kesan daripada kritikan pedasnya minggu lepas.

Kedudukan sebelum konsert:

  1. Dafi
  2. Aizat
  3. Heliza
  4. Aswad
  5. Fatin
  6. Ebi
  7. Rizal
  8. Shawal
  9. Farha
  10. Candy
  11. Afiq
  12. Noni
  13. Dekna
  14. Mila

Candy – Semua Jadi Satu (3 Diva)
Kejutan 3 diva (Titi DJ, Ruthahanaya & Kris Dayanti) sebelumnya menaikkan semangat Candy yang membawa lagu ini dengan suara lantang tapi malangnya pada nada rendah suara Candy agak goyah dan tenggelam. Gadis dari Tambunan, Sabah ini lagaknya seperti penyanyi diva dari Seberang. Tidak padan dengan tubuh genitnya, suka dengar suara ‘besar’ Candy ketika bahagian korus. Penterjemahan lagu agak ‘kureng’ di tangan Candy. Hanya dengan gaya ceria, tiada interaksi dengan penari tapi masih ada habuan untuk penonton dengan gerakan seksi sahaja. Dari minggu lepas, saya kira suara latar masih tidak seimbang. Tempo dan timing yang salah.

Rizal – Kembali Merindu
Lagu medium-tempo ini perlu di‘warm up’ terlebih dahulu oleh Rizal untuk mengelakkan daripada tersilap ‘capture’ dan terpesong arah pada permulaannya. Nasib baik Rizal mendapat mood lagu ini. Lengkap dengan gaya si penggoda. Sesuai sangat dengan baju yang dilucutkan butang itu, ya. Gaya kesungguhan Rizal memang bagus tapi kadang-kadang nampak over dengan wajahnya yang macam-macam rupa. Komunikasi yang utuh dengan penonton. Tercungap-cungap. Sayang sekali, Rizal tidak berjaya mencipta identiti tersendiri dalam lagu ini. Kedengaran, masih dibayangi dengan gaya yang Zamani Slam.

Ebi – Bailamos
Gerak lentok yang kononnya menggoda itu tidak sehebat vokal yang masih lemah. Sebutan yang tidak jelas. Mulut Ebi tidak dibuka luas-luas. Nasib baik alasannya sebab lagu ini dari bahasa lain yang kita tidak faham. Nampak sangat Ebi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah cuba bersungguh-sungguh untuk menarik perhatian. Tapi rupanya, bila datang budak kecik gelek ala penari padang pasir depan pentas, habis hilang Ebi kat situ sebab mata penonton tertumpu dekat budak tadi. Tarian tidak cukup tajam dan tiada interaksi dengan penari. Harap energi je… masih tak cukup.

Heliza – Aku Bukan Untukmu
Hanya Heliza yang sukar untuk di’revamp’. Tatariasnya terhad berbanding pelajar lain yang nampak berbeza sepenuhnya. Diberi lagu balada seperti minggu lalu, seolah menjamu hidangan lazat bagi Heliza kerana dapat mengadaptasi lenggoknya. Sedap dan membuai-buai. Kelemahan ketara pada falsetto. Tidak banyak gerakan yang diperlukan untuk Heliza. Kecuali nampak tidak fokus dalam lakonannya bersama Shawal & Dekna. Identiti Heliza? Seperti saya kata dulu, Heliza masih tidak dapat membuang lenggok Siti Nurhaliza. Malah bertambah ranum lenggok itu berbuah masak dalam lagu ini terutamanya di bahagian terakhir itu. Aiyo sastera la pulak bahasa nih… Harap korang faham la ek.

Aizat – Basket Case
WOW! Saya tabik spring dengan Aizat kerana berani melakukan aksi-aksi di luar jangkaan. Boleh tu dia melompat, meluncur dan menggulingkan badannya. Siapa sangka dengan berat badan hampir 100kg, Aizat boleh membuat semua bersorak bagaikan ada pesta rock funfair lagaknya. Tambah dengan 3 orang penari super dooper chub lagilah havoc! Nasib baik pentas tidak seperti pentas Gangstarz. Kalau tak… sendiri mau ingatlah. Whatever, budak 18 tahun ini memang ceria. Energi yang penuh dengan karakter yang bersahaja. Lagu ini sebenarnya santapan untuk Aizat kerana karakternya sudah ada terbenam dalam dirinya. Tampak lebih santai dengan gaya rambut yang lebih kemas. Minggu depan, saya teruja untuk lihat Aizat diberi lagu yang perlahan pula.

Fatin – Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu
Persembahan yang klise. Tidak ada apa-apa yang unik kecuali dengan suara sengau Fatin. Lagu ini sedap mendayu-dayu tapi agak kurang sampai pada saya. Mengantuk saya diulit suara Fatin nih. Buat saya nak tidur. Apa yang saya buat ialah dengan terus memejam mata dalam Dewan Sivik. Nasib baik tak berdengkur je. Vibrato Fatin yang melimpah-limpah, tidak digemari oleh Hattan. Ada yang tidak kena dengan posisi dan cara Fatin berdiri. Nampak tak berapa proper sikit. Apa-apa pun, lagu balada versi dangdut ini memang tangkap leleh.

Farha- Biarkan Aku Menangis
Sebuah persembahan yang menyentuh perasaan saya. Penterjemahan lagu yang menggabungkan kasih sayang antara anak dan ibunya. Saya hampir menitiskan air mata. Lagu ini ada nostalgia tersendiri. Penjiwaan yang kena 100%. Ton suara Farha memang sedap.  Projeksi suara yang mantap dan dinamik. Saya tidak bersetuju dengan Hattan yang mengatakan Farha hanya sesuai membawa lagu perlahan. Suaranya fleksibel dan boleh lantang dan sedap dalam lagu rock juga.

Mila – Gotta Tell You
Sumbang mambang habis. Masalahnya mungkin Mila kurang menggunakan deria pendengaran dan mengetahui nada yang sesuai. Mila pakai redah masa buat falsetto. Sebuah persembahan yang mengecewakan kerana saya tidak gemar dengan gaya Mila yang kosong dan tiada pengisian. Tidak menggunakan ruang. Sebutan yang tidak jelas. Nampak sangat Mila tak buat homework. Tenggelam timbul dan graf persembahan yang tidak konsisten. Apa-apa pun, bak kata Hattan, Mila ada sikit peningkatan.

Afiq – Biso Benar
Lagu ini tidak sesuai dipertandingkan. Sesiapa yang dapat lagu ini memang boleh nahas. Tidak tahu kat mana sengat dan bisanya lagu ini. Memang payah untuk bawa lagu ini walaupun diberikan pada penyanyi yang profesional sekalipun. Sekadar nak nyanyi boleh, tapi untuk membuat show yang menarik tu yang susah. Apatah lagi dengan suara Afiq yang tidak seberapa. Permulaan lagu ini memang mendatar. Sumbang. Tidak ada umphhh langsung. Membosankan. Gaya yang tidak kena. Over!

Noni – Mirai E
Suka dengan cara Noni bawa lagu ini. Senyum memanjang Noni nih. Kena dengan lagu yang catchy; mesra di telinga. Bukan senang untuk menyanyi lagu Jepun melainkan Noni ni jenis yang suka nyanyi lagu Jepun seperti Akma. Sebutan yang kurang jelas. Walaupun tidak faham maksud, saya rasa melodi lagu Mirai E begitu mendayu-dayu sehingga boleh menghanyutkan pendengar. Saya mendengar nyanyian Noni dengan lirik lagu ini… dan tiada kesilapan yang ketara sangat. Semuanya lancar. Konsep pakaian ala kimono memang sesuai. Warna merah menyala itu yang jadi sebab mengapa Hattan kata Noni menyanyi Jepun ni macam lagu Cina. Pelik betul.

Dekna – Cinta (Amy Mastura)
Memang mengecewakan. Diberi 5 hari, nampaknya tidak cukup untuk Dekna mengendalikan persembahan dengan sebaik mungkin. Tarian yang tidak sharp (tajam), tiada syncronize dengan penari iringan. Tiada stamina yang cukup. Jelas dengar macam semput. Sumbang terutamanya pada nada rendah. Tenggelam dengan muzik dan rentak bass yang lebih kuat. Cara Dekna berjalan pun tak kena. Jalan dia macam jalan nak pergi pasar malam jeh. Tak nampak unik dan ada krisis identiti kerana didapati 99% sama dengan gaya Amy Mastura. Pulak tu, rambut dan baju pun dah nak sama… lagi lah! Cuma Dekna pandai cari ruang untuk buat beri klimaks di hujung persembahannya. “Arrrggghhh!”

Dafi – Pencinta Wanita (Irwansyah)
Dengan kecomelan dan kekiutan wajah si Dafi, sudah tentu dapat menggamit semua perempuan dan makcik-makcik untuk terus mengundi. Lagu yang menjadi killer song dari Indonesia ini kurang mencabar kebolehan sebenar vokal Dafi. Persembahan yang biasa-biasa namun Dafi pandai berinteraksi dengan penonton dengan mengajak penonton sama-sama bertepuk tangan. Saya tidak menolak dakwaan Dafi akan berjaya menempa tiket ke final. Kelemahan Dafi pada saya ialah suara Dafi terketar-ketar pada awal verse. Kurang dinamik pada permulaannya. Darah gemuruh barangkali. Harap Dafi pilih lagu yang lebih power untuk konsert minggu depan.

Aswad – Nak Kahwin Duit Tak Ada (Sweet September)
AF5 menjadi platform yang tepat untuk mempromosi program seperti Misteria & Raja Lawak di astroria. Itu hak produksi nak buat macamana sekali pun. Yang penting, adalah juga nak dijadikan jenaka walaupun nampak klise. Aswad ada bakat untuk jadi vokalis band. Suara nyaring Aswad boleh tahan jugak. Tapi yang tak tahannya, tangan dia memang over sangat. Agak agresif & keras. Seharusnya, saya puji cara Aswad berinteraksi dengan audien masa bridge. Gaya cam terover sikit tu biasa la. Mungkin nak bawak karakter orang tengah sengkek kot.

Shawal – Kenang Mengusik Jiwa (A. Ramlie)
Totally different!  Dengan jambul, rambut belah tepi, kot yang singkat… memang kena. Saya betul-betul terhibur dengan persembahan Shawal. Revamp yang menjadi. Kena gaya, nampak natural dan tidak dibuat-buat dan mesra pada di pandangan mata. Saya suka ketika Shawal menari sambil menjeling dan main mata dengan penonton. Ton suara Shawal memang sedap.  Cuma terketar-ketar sikit. Semput tu dah tentu la kan sebab banyak pergerakan nak kena buat. Bukan senang.

Penyingkiran Yang Adil 

Boleh baca kat sini: Penyakit Epilepsy Punca Afiq Tersingkir dari Akademi Fantasia?

Jokes of the nite: Ini dia ikan paus yang kepuasan!

Sejurus selepas konsert, Ogy terus diserang media… “kenapa kritikan ahkaaaak tak ganas minggu nih?”

Jawab Ogy: “Biase leeee ahkaaakk jugaaaaakkk! Le kaaannn.. tak kuaseee ahkaaakkk…”

Hik gurau je kak Ogy. Jangan mare aaa….

Seleksi Terbaik Sensasi Selebriti:

  1. Aizat – Basket Case (Greenday)
  2. Shawal – Kenangan Mengusik Jiwa
  3. Candy – Semua Jadi Satu
  4. Noni – Mirai E (Kiroro)
  5. Heliza – Aku Bukan Untukmu (Rossa)
  6. Farha – Biarkan Aku Menangis
  7. Aswad – Nak Kahwin Duit Tak Ada
  8. Ebi – Bailamos (Enrique Iglesias)
  9. Dafi – Pencinta Wanita (Irwansyah)
  10. Rizal – Kembali Merindu
  11. Fatin – Bila Rindu Kusebut Namamu
  12. Dekna – Cinta (Amy Mastura)
  13. Afiq – Biso Bonar (Hattan)
  14. Mila – Gotta Tell You

Ini dia keputusan setelah habis konsert.  Alahai… Aizat hampir menjadi mangsa undian tercorot.

  1. ASWAD 16%
  2. SHAWAL 14%
  3. HELIZA 14%
  4. DAFI 12%
  5. EBI 8%
  6. NONI 8%
  7. DEKNA 6%
  8. FATIN 5%
  9. CANDY 5%
  10. RIZAL 4%
  11. MILA 4%
  12. FARHA 4%
  13. AIZAT 2% 

Adakah keputusan ini benar? Keseluruhan konsert minggu kedua ini memuaskan hati dan menghiburkan saya. Semoga minggu ke-3 menjanjikan sesuatu yang lebih warna dan lebih baik. Anda puas macam saya? Lontarkan ketidak puasan anda di ruangan komen.

Klik untuk melihat foto-foto sekitar Konsert AF5 –  Minggu Kedua:

  1. Galeri Flickr – Konsert AF2 – Minggu ke-2
  2. http://budifoto.blogspot.com

Untuk ulasan lain, sila klik:

  1. Klubbkidd
  2. Nakaltitude
  3. AhmadFaidhi
  4. Penglipur AF
  5. Sultanmuzaffar
  6. Pakcik MMA

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5

Senarai Lagu Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ke 3