in ,

Senarai Lagu Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ke 3

Memang elok benar Konsert ketiga yang jatuh pada hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ditunda pada hari Ahad (1 April) jam 1.30 petang.

Ini menandakan Astro peka dengan sensitiviti agama di negara kita. Maka, tidak ada lagi cakap-cakap belakang mengatakan astro tidak menghormati sambutan Maulidur Rasul. Malah dengan tema ketuhanan dan kemanusiaan yang pertama kali ditampilkan dalam konsert AF musim ini sedikit sebanyak dapat memberi mesej yang penuh makna. Satu usaha yang harus dipuji.

420014662 91C9Da58D3 O | 4

Berikut adalah lagu tugasan yang bakal berkumandang di Dewan Sivik, MPPJ pada hari Ahad ini:

  1. Aizat – Warisan (Sudirman Hj. Arshad)
  2. Heliza – Melodi Ahlan (Waheeda)
  3. Ebi – Al Jannah (Mawi)
  4. Mila – Melukut Di Tepi Gantang (Aishah)
  5. Aswad – Hijau Bumi Tuhan (XPDC)
  6. Candy – Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
  7. Fatin – Erti Hidup (Dayang Nurfaizah)
  8. Shawal – Ku Berlari (Firdaus)
  9. Noni – Ode to My Family (Cranberries)
  10. Dafi – Aku Tanpa Cinta-Mu (Mirwana)
  11. Rizal – Permaidani (Aris Ariwatan)
  12. Dekna – Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher)
  13. Farha – Insan (Yantzen)
433260539 D3Cb014660 | 5

Jumpa Kak Gee yang berselendang & Bro Hattan yang berbaju Melayu minggu depan dengan komentar yang sederhana dan biasa-biasa… Mmm… sebenarnya saya teringin sangat nak tengok Kak Gee kita ni melaser. Bila agaknya ya?

Pelajar manakah yang bakal melakukan persembahan terbaik kali ini? Lagu manakah yang bakal menonjolkan karisma pelajar? Apakah pembaharuannya? Apakah ada peningkatan? Apakah kejutan luar biasa pada konsert minggu ke-4 ini? Apakah benar Mawi akan hadir untuk kezutan buat Ebi?

Budiey: Teruja untuk melihat kelainan yang akan dibawa oleh Aizat dan Heliza…! Pasti GEGAR & Begheh sokmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi 2020 | 23

Ulasan Konsert Akademi Fantasia 5: Minggu Ke-2

Natasha Hudson | 24

Sekitar Tayangan Media Filem CHERMIN Lakonan Natasha Hudson