in

Ujibakat Idola Kecil 4

PENCARIAN BAKAT IDOLA KECIL 4 KINI BERMULA!

Masa yang dinanti-nanti kini sudah tiba di mana TV9 memulakan penjelajahan untuk mencari bakat baru Idola Kecil Musim Keempat (IK4). Sesi ujibakat yang pertama telah pun bermula pada 17 dan 18 September lalu di Kuantan, Pahang yang telah melihat ratusan kanak-kanak mencuba nasib untuk mendapat gelaran juara Idola Kecil untuk musim ini.

Bagi sesiapa yang tidak dapat berkesempatan untuk menjalani ujibakat pada hari tersebut, jangan khuatir kerana sesi ujibakat IK4 akan dijalankan lagi di tiga buah lokasi bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang di:

• Hotel Suria City, Johor Bharu: 24 & 25 September 2011
• Hotel Golden Sands, Pulau Pinang: 1 & 2 Oktober 2011
• Sri Pentas, Bandar Utama: 8 & 9 Oktober 2011

Ujibakat IK4 terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di antara 9 hingga 12 tahun. Pada hari tersebut, mereka yang berminat diminta untuk membawa gambar berukuran pasport dan juga butiran diri tetapi yang paling penting adalah untuk membawa keyakinan diri supaya dapat membuat persembahan yang terbaik di hadapan juri-juri, Cikgu Alfa Booty dan Cikgu Delly.

Adik-adik boleh pilih mana-mana lagu dari senarai yang berikut:
1. Pakai Buang – Stacy
2. Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque
3. Dan Sebenarnya – Yuna
4. Muda – Hujan
5. Hanya Kau Yang Mampu – Aizat
6. Situasi – Bunkface

Markah bonus akan diberikan kepada mereka yang memiliki bakat-bakat lain seperti bermain alat muzik, berlakon atau menari. Idola Kecil ini bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat baru di kalangan kanak-kanak tetapi turut meningkatkan kemahiran komunikasi, tuturcara dan juga jati diri. Semoga semua yang hadir sudah membuat persediaan yang cukup untuk memberi persembahan yang hebat!

Pada hari ujibakat itu juga, adik-adik akan dihiburkan dengan mini showcase istimewa dari peserta-peserta Idola Kecil musim-musim yang lalu seperti Dayana, Harris, Azzam, Hadi dan ramai lagi! Mari datang beramai-ramai dan pastikan datang awal untuk pendaftaran! Mungkinkah anda salah satu peserta Idola Kecil Musim 4 yang kami cari?

Untuk maklumat terkini tentang IK4, layari laman web TV9 di www.tv9.com.my dan Facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4.

Hidup Penuh Semangat bersama Idola Kecil Musim 4!

ujibakat Idola Kecil 3

Cikgu Delly, Alif Satar, Cikgu Alfa

antara yang hadir untuk ujibakat kuantan

bermain games bersama Dayana, Harris dan Balqis

Harris juara Idola Kecil 3

Dayana juara Idola Kecil 2

Alif Satar menemuramah peserta ujibakat di Kuantan

peserta ujibakat Idola Kecil 4

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sidang Media Konsert Kemuncak Raya Suria Fm 2011 & Rumah Terbuka

The X Factor 8TV