in ,

Sidang Media Konsert Kemuncak Raya Suria Fm 2011 & Rumah Terbuka

SEKITAR SIDANG MEDIA KONSERT KEMUNCAK RAYA SURIA FM 2011 DAN RUMAH TERBUKA

Sekali lagi Suria FM dengan bangganya bakal menganjurkan konsert tahunan Suria FM yang akan berlangsung pada 1 Oktober 2011, Sabtu bertempat di Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya. Bertemakan raya, Konsert Kemuncak Raya 2011 ini dianjurkan bagi menghargai pendengar-pendengar yang setia dan sentiasa menyokong Suria FM.

Suria FM amat berbesar hati untuk mengumumkan MYEG – Penyedia Perkhidmatan Kerajaan Elektronik selaku penaja utama untuk ‘Konsert Kemuncak Raya SuriaFM 2011 bersama MYEG’. Selain itu, Perbadanan Putrajaya juga sudi berkerjasama untuk kali yang kedua bersama dengan Suria FM dan tidak dilupakan pada penaja bersama, Knock4Six.

SURIA FM

‘Konsert Kemuncak Raya SuriaFM 2011 bersama MYEG’ tahun ini menampilkan artis-artis popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, One Nation Emcees, Mawi, Yazer, Adira dan juga Awi Rafael. Sesi promosi jelajah mini konsert ini juga telah berlangsung dengan jayanya di Kuantan Parade dan Komtar Walk Pacific Pulau Pinang pada 16 dan 17 September yang lalu manakala sesi promosi akan datang pula berlangsung di Batu Pahat Mall, Johor dan Dataran Hadhari Lumut pada 24 dan 25 September 2011.

Pada ‘Konsert Kemuncak Raya SuriaFM 2011 bersama MYEG’ yang akan berlangsung 1 Oktober ini, acara akan dimulakan oleh DJ Rezz dan DJ Naim dengan acara ‘DJ SPINNING’. Ia disusuli pula dengan persembahan artis baru Ashwan, Kumpulan Hotsound Stereo dan 10 buah band-band Indie antaranya Dazmelon, Stubborn, Tonawarna, Classmate dan ramai lagi. Acara ini akan dihoskan oleh penyampai segmen Rock Guru BOB Ringgo dan Naim dari jam 4.30 petang hingga 7 malam. Konsert utama pula akan berlangsung pada jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Selain daripada Konsert ini, SuriaFM juga baru-baru ini telah melancarkan ‘Kuiz Kereta dan Duit Raya SuriaFM’. Kuiz ini dilancarkan sebagai salah satu tanda penghargaan kami kepada semua pendengar. Kuiz yang bermula pada 29 Ogos 2011 yang lalu merakan pendengar bertuah yang bakal memenangi sebuah ‘kereta raya’ Proton Inspira dan duit raya. Pendengar hanya perlu meneka di manakah ‘Kerinting Three’ melarikan Proton Inspira tersebut melalui segmen Breakfast@Suria. Klu akan diberikan dari semasa ke semasa melalui penyampai Suria FM secara ‘on-air’, Laman Web Suria FM, Facebook Suria FM dan Twitter Suria FM. Setelah mendapat semua klu, pendengar hanya perlu SMS Suria FM dan penyampai akan menghubungi pendengar bertuah tersebut untuk mendapatkan jawapan lokasi tersebut.

Setiap pendengar yang memberikan jawapan lokasi dengan tepat akan berpeluang memenangi satu ‘kunci’ untuk ke acara finale pada 29 September 2011, jam 3 petang di Tropicana City Mall untuk mengetahui siapakah yang bakal pulang dengan Proton Inspira.

Selain itu, semalam telah berlangsung Rumah Terbuka Suria FM yang berlangsung di Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay dimana ia dihadiri oleh para artis, pendengar bertuah, warga kerja Suria FM dan juga klien yang terlibat. Bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang, Rumah Terbuka Suria FM disambut dengan penuh meriah dan riang gembira. Antara barisan artis yang telah memeriahkan rumah terbuka ini ialah Shila Amzah, Iqa Mentor, Arora Salwa, Hattan, Kumpulan Hujan, Kumpulan Max 24:7 dan ramai lagi.

SURIA FM

SURIA FM

SURIA FM

SURIA FM

SURIA FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

1 Juta Money Drop Astro

Ujibakat Idola Kecil 4