in

Ubahsuai kereta dalam OverHaulin 8TV

Ubahsuai kereta dalam OverHaulin’, hanya di 8TV!

TARIKH SIARAN: 3 APRIL 2011
MASA SIARAN: 10.30 – 11.30 MALAM
TOTAL EPISOD: 8
BAHASA: INGGERIS

Pakar-pakar kereta kembali untuk memberi nafas baru kepada kereta-kereta lama. Automobile Designer Chip Foose dan kumpulan A-Team bergabung untuk memberi kejutan kepada mangsa-mangsa baru dalam pengubahsuaian kereta-kereta milik mereka. Kru-kru OverHaulin’ akan membawa penggemar-penggemar kereta ini untuk menyaksikan teknologi dan gajet terbaru yang pastinya bakal memberi rupa baru kepada kereta-kereta antik anda!

P1010039

Kru-kru ini perlu bekerja keras untuk mengubahsuai kereta-kereta lama ini menjadikan ia sebuah kereta yang hebat dalam tempoh seminggu. Sentuhan magis pakar-pakar kereta ini pasti membuatkan anda teruja dan pastinya memberi kejutan kepada pemilik-pemilik kereta ini.

Dalam musim ini, Chris Jacobs dan Adrienne Janic “A.J” sekali lagi kembali sebagai hos yang akan cuba membuat helah untuk mangsa-mangsa baru bagi musim ini. Ada yang menyamar sebagai pegawai insurans tidak kurang juga yang menyamar sebagai pegawai polis untuk memperdaya mangsa.

“Saya cukup teruja menyaksikan ubahsuai kereta ini. Anda pastinya tidak sabar untuk menyaksikan kereta-kereta lama yang diubahsuai ini,” ujar Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7.

Airin menambah, “Sentuhan magis pakar-pakar ini pasti membuat anda teruja menjadikan program ini pilihan penggemar-penggemar kereta di luar sana.”

Anda dapat menyaksikan ubahsuai kenderaan lama dan baru dalam musim OverHaulin’ musim ke-5 ini! Musim terbaru OverHaulin’ akan disiarkan setiap Ahad bermula 3 April 2011 jam 11.30 malam secara PERCUMA di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV di sakuran 708 Astro atau layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my untuk menonton program kegemaran anda. Selamat menonton!

285_8599

66chevyinbp4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gaya Klasik Pelakon Terkenal ABPBH2010 Edited Version

Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Bintang Popular 2010