in ,

“Tuhan Nak Tarik Nikmat Sekejap Sahaja,” – Ashraf Muslim

SELEPAS lapan daripada 18 orang terdiri daripada pengarah, pelakon dan kru yang menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland bulan lalu disahkan positif Covid-19, seorang lagi pelakonnya, Ashraf Muslim didakwa turut  dijangkiti virus berkenaan dan kini dirawat di salah sebuah hospital kerajaan.

Bagaimanapun, Ashraf sejak beberapa hari lalu terus membisu dan tidak menjawab panggilan dan mesej daripada pihak media berhubung dakwaan itu.

Dalam mesej WhatsApp yang dihantar, Ashraf cuma membalas ringkas tanpa menjelaskan keadaan kesihatannya ketika ini.

“Waalaikummussalam, apa khabar? maaf, tak reply (balas) sebelum ni,”

– Ashraf Muslim
View this post on Instagram

Assalamualaikum semua.. Sedar tak kawan2 lagi 11 hari lagi nak ramadan. Sayunya hati.. adakah kita tidak dapat berterawikh di masjid? Dan tidak dapat berbuka puasa di masjid beramai2 bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. “Ya Allah engkau tarik nikmat dengan sekejap sahaja. Kami rindukan ramadan kami. Kami mohon amoun diatas kesalahan kami yg kami lakukan sebelum ini. Kami yg banyak bersalah kerana solat lambat, tak patuh atas arahanmu, jarang membaca alquran, lupa utk berzikir dgn zikir laillahaillah, kami melakukan maksiat mata, tangan dan tubuh badan kami, kami melanggar fitrah yg telah ditetapkan olehmu, kami sombong dgnmu dan kami tidak menghormati antara kami manusia. Maafkan kami ya Allah, kami hamba yang lemah dan ingin dekat dgnmu.” . . #rinduramadan #bersabarlahwahaihati #stopcovid19

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Namun, selepas dua hari tidak memuat naik hantaran di Instagram, hari ini Ashraf memuat naik video doa untuk tatapan pengikutnya.

Menerusi hantaran itu, Ashraf turut berkongsi kira-kira 11 hari lagi umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa dan sayunya hati jika tahun ini tidak dapat berbuka dan solat terawih bersama keluarga serta rakan di masjid.

“Ya Allah, engkau tarik nikmat dengan sekejap saja. Kami rindukan Ramadan kami. Mohon ampun di atas kesalahan kami lakukan sebelum ini.

“Kami yang banyak bersalah kerana solat lambat, tak patuh atas arahanmu, jarang membaca Al-Quran, lupa untuk berzikir dengan zikir ‘Laillahaillah, kami melakukan maksiat mata dan tubuh badan kami.

“Kami melanggar fitrah yang ditetapkan olehmu, kami sombong denganmu dan kami tidak menghormati antara manusia. Maafkan kami ya Allah, kami hamba yang lemah dan ingin dekat denganmu,”

– IG Ashraf Muslim

Pada perkongsian itu, Ashraf Muslim turut menulis tiga tanda pagar iaitu #rinduramadan #bersabarlahwahaihati dan #stopcovid19.

Pasukan produksi berkenaan belepas ke Scotland pada 9 Mac lalu dan kembali ke tanah air pada 31 Mac lalu. Pengarah, Rahila Ali; pelakon, Puteri Aishah; pelakon kanak-kanak, Puteri Rayanna Rayqa dan ibunya; jurukamera, Ambia Ahmad dan tiga lagi kru disahkan positif Covid-19 sebaik pulang ke sini.

Ashraf turut melakukan kuarantin diri di rumahnya. Turut bersama mereka ke Scotland ialah pelakon Ben Amir dan Hasnul Rahmat, namun Ben yang pulang beberapa hari lebih awal dan disahkan negatif Covid -19 selepas menjalani pemeriksaan.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Naik Berat Badan Time PKP Ni? Nah, KKM Kasi 7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar

Batal Jelajah Dunia, BTS Siar Konsert Percuma di YouTube