in , ,

“Hari Yang Paling Sedih.” Bapa Ashraf Muslim Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Pada hari ini, Ashraf Muslim telah berkongsi berita duka pemergian bapanya, Muslim Bulat, 67, selepas berjuang melawan Covid-19 tahap lima.

Selepas lapan hari bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19 tahap lima, bapa kepada pelakon Ashraf Muslim, Muslim Bulat, 67, meninggal dunia pada pukul 6.37 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Bapa Ashraf Muslim Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Hari Paling Sedih

Berita duka tersebut diumumkan Ashraf menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih. Ayah sudah meninggalkan kami dalam keadaan baik dan tenang.

“Mungkin itu yang terbaik untuk dia sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami,”

– Ashraf Muslim

Sebagai anak sulung daripada tujuh adik-beradik, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd. Ashraf Muslim, 40, mewakili keluarganya memohon kemaafan bagi pihak arwah bapanya andai terdapat kesilapan yang dilakukan ketika hayatnya.

“Saya sebagai anak sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.

“Kalau ada hutang-hutang atau perkara yang masih belum selesai boleh hubungi saya. Insya-Allah, sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat ‘special’ (istimewa) di alam baru bersama mereka-mereka yang beriman. Insya-Allah,”

– Ashraf Muslim
Bapa Ashraf Muslim Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Terdahulu pada 20 September lepas pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu memaklumkan bapanya terpaksa diintubasi kerana keadaannya yang kritikal.

Ketika itu, keadaan bapanya kritikal kerana jantungnya semakin lemah dan sebahagian organ dalamannya telah rosak kerana dijangkiti Covid-19 tahap lima.

Bapa Ashraf Muslim Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Pada April tahun lalu, Ashraf turut dijangkiti Covid-19 sekembali pulang menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland.

Selepas 25 hari dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, Selangor, Ashraf akhirnya sembuh dan dibenarkan pulang.

Salam takziah buat Ashraf Muslim sekeluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tip Untuk Surirumah, Ini Cara Memastikan Cucian Anda Lebih Mesra Alam

Syukur Alhamdulilah! Zydee One Nation Emcees Semakin Pulih dari Angin Ahmar