in ,

Siapa Naik Berat Badan Time PKP Ni? Nah, KKM Kasi 7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar

Sejak dah sebulan kita duduk di rumah atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mesti ramai yang telah mengalami kenaikan berat badan.

Manakan tidak, kalau banyak masa diisi dengan aktiviti masak menu-menu viral, makan, tidur dan hanya bersantai di rumah sahaja. Bagi menggalakkan rakyat agar bijak mengawal berat badan dan amalan pemakanan yang sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi “7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar” di laman Facebook dan Twitter rasmi KKM yang boleh sama-sama kita amalkan seperti di bawah ini.

Kkm Kasi 7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar

Antara tips yang paling menarik adalah orang ramai digalakkan untuk memastikan bahawa separuh daripada pinggan yang dimakan setiap hari adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selain, kita digalakkan untuk mengunyah makanan dengan lebih lama agar kita cepat kenyang dan makan hanya dalam kuantiti yang sedikit.

Kkm Kasi 7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar

Selain berkongsi perkembangan semasa COVID-19, laman sosial rasmi KKM turut berkongsi tip amalan gaya hidup sihat untuk diamalkan sepanjang tempoh PKP termasuk latihan litar untuk senaman di rumah serta saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar tidak meminum arak.

Sumber: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri | 22

“Jangan Libatkan Keluarga & Jangan Cabar Saya” – Aliff Syukri Beri Amaran

Ashraf Muslim 2020 | 23

“Tuhan Nak Tarik Nikmat Sekejap Sahaja,” – Ashraf Muslim