in , ,

Batal Jelajah Dunia, BTS Siar Konsert Percuma di YouTube

SATU siri konsert kumpulan K-pop popular BTS yang diadakan sejak 2014 akan disiarkan percuma di YouTube hujung minggu ini untuk menghiburkan peminat yang terpaksa berkurung di rumah akibat wabak Covid-19, lapor agensi berita Yonhap.

Agensi pengurusan kumpulan itu, Big Hit Entertainment berkata, lapan konsert dan acara bertemu peminat akan disiarkan di saluran BTS di YouTube, BANGTANTV, pada Sabtu dan Ahad, di bawah tajuk ‘BTS Online Concert Weekend.’

Siri pertama dengan empat persembahan, termasuk BTS Live 2015, BTS Live Trilogy 2014: Episod II Red Bullet dan BTS 3rd Muster [ARMY.ZIP+], disiarkan bermula tengah hari (waktu Korea) pada Sabtu.

Empat lagi persembahan, termasuk BTS Live Trilogy Episode III Tour Wings Di Seoul 2017, Love Yourself Seoul dan BTS 4th Muster [Happy Ever After] disiar bermula tengah hari Ahad.

Program itu diatur selepas BTS membatalkan jelajah dunia terbarunya ‘Map of the Soul Tour,’ yang mengikut perancangan awal diadakan pada April, namun dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

What do you think?

82 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Tuhan Nak Tarik Nikmat Sekejap Sahaja,” – Ashraf Muslim

Wah, Ini Berita Baik! PKP Fasa Ketiga Boleh Tamatkan COVID-19