in , ,

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty, Pelakon Filem THE INVITATION

Sebuah filem horror thriller, THE INVITATION akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 15 September 2022. Filem ini dilakonkan oleh ramai pelakon hebat dan berkarismatik.

Antara pelakon yang mendapat perhatian adalah Thomas Doherty kerana beliau dikatakan mempunyai aura ‘charming’ dengan daya tarikan tersendiri. 

Nah! Sebelum anda ke pawagam, apa kata kita berkenalan dulu dengan Thomas Doherty. Beliau memegang watak Walter Deville dalam filem THE INVITATION.

Berikut adalah 10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu:

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu
10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu

1

Thomas Doherty berusia 27 tahun, dilahirkan di Edinburgh pada 21 April 1995. Dia mempunyai seorang abang dan adik perempuan. Doherty mula berlakon di usia 5 tahun dan pandai bermain bola sepak. 

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu

2

Sebelum ini, Thomas Doherty terkenal dengan peranannya sebagai Sean Matthews dalam siri muzik Disney Channel The Lodge, Harry Hook dalam francais filem Descendants, Max Wolfe dalam HBO Max reboot Gossip Girl.

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu

3

Wajah yang kacak dan maskulin menjadikan Thomas Doherty dipilih untuk memegang watak Walter Deville, yang juga dikenali sebagai Count Dracula di mana ia merupakan watak antagonis utama dalam filem seram THE INVITATION. 

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu

4

Tahukah anda, nasib menyebelahi Thomas Doherty kerana beliau menjadi bidan terjun menggantikan pelakon Garret Hedlund untuk berlakon dalam filem ini. 

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu

5

Menurut Thomas Doherty dalam satu temubual, beliau sangat berminat untuk membawa watak vampire dan menganggap watak itu cukup menyeronokkan. 

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu

6

Dari 2017 hingga 2020, Thomas Doherty menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Descendents 2, iaitu Dove Cameron. Pernah menganggap kekasihnya itu insan paling hebat pernah ditemui. 

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu

7.

Selain berlakon, Thomas Doherty juga mempunyai bakat menyanyi. Selepas sekolah menengah, Doherty memasuki Akademi Seni Persembahan MGA di Edinburgh, di mana beliau belajar teater muzikal. Beliau menamatkan pengajian pada Julai 2015 dan menandatangani kontrak dengan Olivia Bell Management di London.

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu

8.

Thomas Doherty mengakui pelakon Mila Kunis adalah ‘crush’ beliau.

9.

Pada Ogos 2017, Thomas Doherty dinamakan sebagai salah satu daripada 50 lelaki terhangat di dunia oleh majalah Vogue.

10 Fakta Menarik Tentang Thomas Doherty yang anda perlu tahu

10.

Thomas Doherty pernah berseloroh dalam satu temubual, dia mahu kembali berlakon watak yang sama dalam filem THE INVITATION 2 kerana sudah obses dengan watak itu. 

#TheInvitationMy

#SonyPicturesMY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TUDUM

#TUDUM Kembali Lagi! Filem Terhebat! Bintang Terbesar Menanti Anda!

‘Riuh Sokmo! Bersama Celcom’ Sasar Lebih 20,000 Pengunjung Ke Kelantan