in ,

Tok Jalal, Tom Ram, Roy & Jatt Kecohkan Australia Dalam Projek Bapak-Bapak

Bapak-bapak kesayangan Malaysia kembali! Gandingan lawak di antara Datuk Jalaludin Hassan, Dato Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali yang telah mencuitkan hati para penonton Ramadan lalu kini kembali dengan musim kedua ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’ di Astro. 

Setelah negara matahari terbit ditakluk dengan pelbagai karenah mereka, kini keempat-empat mereka ke Australia untuk menyambung misi lawak ‘bapak-bapak’. 

Musim kedua kali ini menyaksikan Tok Jalal, Tok Ram, Roy dan Jatt menakluk Sydney dan Melbourne dengan pelbagai ragam dan gelagat mereka. 

Pengembaraan sepanjang sepuluh episod termasuk sebuah episod khas reunion membabitkan pelbagai aktiviti pengembaraan serta aktiviti lasak yang mencabar kemampuan serta kesabaran mereka yang pastinya memberikan reaksi yang bakal membuat ramai ketawa tidak henti. 

Tok Jalal, Tom Ram, Roy & Jatt Kecohkan Australia Dalam Projek Bapak-Bapak

Antaranya bermain boomerang ketika World Championship Boomerang, menawan puncak Sydney Harbour Bridge, bermain ski di Mount Buller, berkayak di Sydney Harbour, surfing di pantai tersohor Bondi Beach, berenang dengan jerung dan macam-macam lagi.

Cabaran-cabaran yang diberikan bukan sahaja menguji kemampuan individu tetapi team spirit di kalangan bapak-bapak kegemaran Malaysia. 

Tok Jalal, Tom Ram, Roy & Jatt Kecohkan Australia Dalam Projek Bapak-Bapak
Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh

Menurut Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, “Ternyata kejayaan musim pertama memberikan pihak kami dorongan yang tinggi untuk membawa bapak-bapak favourite Malaysia kembali untuk musim kedua. Setiap di antara mereka membawa aura tersendiri ke rancangan ini dan kejayaan ‘chemistry’ di antara mereka memang tidak dapat dinafikan lagi. 

Chemistry’ ini kini kembali, dan ramai sudah pastinya tidak sabar untuk menonton bapak-bapak mengembara bersama sambil melakukan cabaran-cabaran yang bakal menguji kemampuan mereka. Well, age is just a number, sepertimana bapak-bapak kami telah membuktikannya.” 

“Kali ini kami bekerjasama dengan Tourism Australia untuk menjayakan musim kedua ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’. Pihak Astro ingin mengucapkan terima kasih kepada Tourism Australia atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi. Ternyata pihak Tourism Australia mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap rancangan yang telahpun mencetus fenomena hiburan yang tidak disangka di negara ini. Kami berharap agar para penonton kekal terhibur bersama-sama bapak-bapak kami. Adakah alasan G-force bakal kembali? Kita tunggu dan lihat nanti,” tambahnya lagi. 

Tok Jalal, Tom Ram, Roy & Jatt Kecohkan Australia Dalam Projek Bapak-Bapak

Pengurus Negara Tourism Australia, Karen Saw berkata, “Rancangan ini menunjukkan terdapat pelbagai aktiviti untuk semua lapisan umur bagi mereka yang berkunjung ke Australia. Barisan Bapak-Bapak telah menikmati keindahan alam semula jadi Australia yang tidak dapat dilupakan dan ini merupakan antara daya penarik untuk warga Malaysia yang mahu berkunjung ke Australia. Mereka boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti berkayak di sepanjang Sydney Harbour Bridge, menuruni Mount Buller dengan toboggan dan macam-macam lagi. Kami amat teruja bekerjasama dengan Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak sepanjang beberapa bulan yang lepas untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang ingin mengunjungi Australia.” 

Saksikan ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’ Musim 2 mulai 2 November 2023 setiap hari Khamis jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107). Para pelanggan juga turut dapat strim rancangan ini menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kuala Lumpur Bakal Jadi Tuan Rumah Pertandingan I-SING Bulan Depan

AC MIZAL

Selebriti Malaysia Sahut Cabaran Game Show Komedi ‘GELAK 90 SAAT’