in , ,

Tiktok Awards Malaysia Berjaya Capai 5.31 Bilion Capaian di Platform Digital

TikTok Awards Malaysia 2023, kolaborasi antara TV3 dan TikTok yang julung kali diadakan telah berjaya menambat hati warga Malaysia dan sekaligus meraikan para creators luar biasa!

Tahniah diucapkan kepada para pemenang 14 kategori yang telah diumumkan menerusi TikTok Awards Malaysia 2023 yang bersiaran langsung di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2023.

Acara kemuncak ini telah mencatat capaian luar biasa setelah berjaya memperoleh capaian digital kata kunci berkaitan malam anugerah yang mencecah 5.31 bilion setakat 28 Ogos 2023. Manakala bagi penstriman langsung di akaun rasmi TV3 di TikTok pula ditonton oleh 948,000 penonton. 

Tiktok Awards Malaysia Berjaya Capai 5.31 Bilion Capaian di Platform Digital

Anugerah ini juga berjaya meraih lebih daripada 4.1 juta tontonan di TV3 serta 1.1 juta tontonan ketika bersiaran langsung di TikTok. (sumber: Nielsen, Meltwater). 

Malam anugerah ini berakhir dengan pengumuman pemenang kategori Creator of The Year yang telah berpihak kepada creator kegemaran ramai, Khairul Aming. TikTok Creator itu turut memberi ucapan yang cukup berinspirasi kepada anak muda yang ingin berkecimpung di dalam bidang tersebut. 

Khairul Aming telah membawa pulang hadiah trofi dan telefon pintar tajaan Siri Honor 90 5G. Semua pemenang bagi 12 kategori lain juga telah membawa pulang hadiah trofi. Berikut adalah senarai penuh pemenang TikTok Awards Malaysia 2023: 

People’s Choice Awards

  • Creator of the Year: Khairul Aming
  • Rising Star of the Year: Ikhmal 
  • Popular Creator of the Year: Ryan Bakery
  • Celebrity of the Year: Aeril Zafrel
  • Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin
  • LIVE Creator of the Year: Tigerlabu
  • TikTok Shop Creator of the Year: Anas Zahrin

Judge’s Pick Awards

  • Best of Beauty & Fashion: Shahira Azlan
  • Best of Education: Sir Asai
  • Best of Entertainment: Eiqa Maleq
  • Best of Foodie: Syifa Jamil
  • Best of Gaming: Sultan Riq
  • Best of Sports: Khalish
  • Best Dressed: Mia Azahar

TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kolaborasi antara TV3 dan TikTok, Dikuasakan Oleh Siri HONOR 90 5G (Penaja Utama), Dibawakan Oleh foodpanda (Penaja Bersama), Dinikmati Dengan F&N Teh Tarik (Rakan Penaja), dan  Dihubungkan Oleh U Mobile (Rakan Penaja), dengan Hot FM dan FLY FM sebagai rakan radio, dan SAYS, Oh Bulan dan Viral Cham sebagai rakan media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur Pada 18 November Ini

Cara Founder Ini Hargai Ejen Dipuji, Labur Kos Untuk Perkara Manfaat