in ,

THE LAST ALTIMET SHOW Konsert Altimet Sebelum Bersara

Tahun 2018 merupakan tahun yang luar biasa buat Altimet. Bukan hanya beliau memenangi “Persembahan Terbaik” di Anugerah Juara Lagu ke 32 yang lalu, single Bunga dari album Air telah meraih 8.3 juta penonton sejak Mac 2018 dan telah mendapat nominasi sebagai 12 lagu yang berentap di peringkat akhir, Anugerah Juara Lagu ke-33 pada 2019.

Konsert terakhir Altimet – ‘NESCAFÉ Mempersembahkan The Last Altimet Show’ akan diadakan pada hari Sabtu, 16 Februari 2019, 7 malam di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Persembahan ini bakal membariskan artis-artis hebat tanahair seperti Aizat Amdan, DJ Fuzz, Zizi Kirana, Awi Rafael, Aman Ra, dan ramai lagi. Harga tiket juga ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

THE LAST ALTIMET SHOW Konsert Altimet Sebelum Bersara

Tiket ‘NESCAFÉ mempersembahkan The Last Altimet show’ berharga RM59 (Early Bird), RM79 (Presale) dan RM109 (At Door) untuk setiap keping tiket. Tiket terhad “Early Bird” boleh dibeli di altimet.com.my/Concert bermula dari 21 Disember 2018.

Peminat juga berpeluang untuk memenangi sepasang tiket VIP dengan pas “Meet & Greet” dan 25 pasang tiket awam khas daripada penaja konsert, NESCAFÉ di altimet.com.my/Nescafe

Pada bulan lepas, Altimet telah mengumumkan hasratnya untuk bersara secara rasmi daripada menjadi penyanyi, pada masa yang sama, peminat setia beliau tidak sabar menantikan kemunculan album terakhir – O, yang bakal didapati pada Jumaat ini, 21 Disember 2018.

Altimet turut menekankan, bahawa beliau masih akan bersama lagi dalam industri hiburan tanahair, mungkin di belakang tabir mahupun di arena lain.

Beliau turut memberitahu, konsert terakhir ini akan dipersembahkannya sebagai tanda terima kasih dan penghormatan kepada keluarga, sahabat-handai dan peminat yang tak jemu menyokong di sepanjang karier beliau.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari altimet.com.my.

THE LAST ALTIMET SHOW Konsert Altimet Sebelum Bersara
THE LAST ALTIMET SHOW Konsert Altimet Sebelum Bersara
THE LAST ALTIMET SHOW Konsert Altimet Sebelum Bersara
THE LAST ALTIMET SHOW Konsert Altimet Sebelum Bersara

MENGENAI ALTIMET

Altimet merupakan rapper, penulis lagu, dan produser yang banyak memenangi anugerah serta mempunyai sebanyak 14 lagu carta #1 sejak tahun 2000 menerusi 4 album solonya. Sehingga kini, Altimet merupakan rapper pertama di Malaysia yang menyerikan pentas Anugerah Juara Lagu sebanyak 5 kali sejak 2012, dengan lagunya ‘Kalau Aku Kaya’ yang menjadi lagu hip-hop pertama memenangi tempat ke-3, dan memenangi “Anugerah Persembahan Terbaik” menerusi lagu ‘Amboi’. Terkini, ‘Bunga’ pula dicalonkan sebagai salah satu daripada finalis dalam AJL33 yang bakal berlangsung pada tahun 2019.

Altimet bukan sahaja diiktiraf sebagai ‘Men Of The Year 2016’ oleh Majalah August Man, malah beliau juga dinamakan sebagai ‘Alpha Men’ oleh Majalah Glam Lelaki pada tahun yang sama.

Selain menjelajahi dunia dan muncul di kaca TV serta pentas antarabangsa, Altimet juga diangkat sebagai rapper pertama di dunia yang ditampilkan dalam aplikasi Waze. Arahan suara dwibahasanya boleh didengari di seluruh dunia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pereka Fesyen Norish Kareem Buka Butik di London

Percutian Indah Dalam Travelog TRAVELS WITH DARLEY