in ,

Pereka Fesyen Norish Kareem Buka Butik di London

Selepas beberapa pereka fesyen tempatan pernah mencuba nasib dan membuka butik di luar negara termasuk di London, kini giliran itu beralih kepada jenama fesyen Norish Kareem Couture (NKC). 

Selepas hampir empat tahun mengukuhkan nama berkenaan, kini jenama yang diusahakan anak Malaysia berasal dari Kuantan Pahang dan dibesarkan di Kuala Lumpur turut membuka lembaran baharu dengan membuka butik kafe pula dilancarkan 1 Disember lalu di tengah kota London iaitu di di Central London W1, di tengah kawasan Marylebone.

“Insya-Allah impian saya kini bukan sekadar cakap kosong. Ia berjaya direalisasikan. Terima kasih kepada keluarga, sanak saudara, teman media dan penggemar jenama NKC atas sokongan jitu selama ini.

Norish Kareem London

“Tak saya lupakan pihak MATRADE atas segala galanya. Budi baik mereka takkan saya lupa sampai bila bila.

“Merancang semua ini sejak lima bulan lalu bukan proses mudah. Dari memilih lokasi strategik, memenuhi piawaian perniagaan di UK, proses pengubahsuaian, menentukan konsep dan rekaan butik hinggalah ke persiapan hari pembukaan dan pelancaran memberi kemanisan tersendiri,” kata Norish Kareem bangga pada majlis pelancaran butik kafenya itu.

Butik kafe Norish Kareem London juga menyediakan ruang untuk pereka fesyen seluruh dunia untuk meletak dan menjual koleksi mereka. Ia termasuk koleksi beg jenama Elevate Shine diusahakan Kiran Tuljaram Prakash yang juga rakyat Malaysia selain koleksi pereka fesyen dari negara lain.

Selain itu, Norish Kareem London turut membuka peluang pekerjaan kepada mereka untuk memenuhi jawatan pengurus butik dan barista sejak sebulan lalu.

“Saya harap semuanya akan dipermudahkan. Moga langkah berani saya ini akan terus konsisten ke hadapan.

“Ia bukan soal saya dan fesyen semata-mata, tapi dalam hati terbit rasa bangga kerana jenama tempatan dari Malaysia juga mampu mencuri perhatian orang luar negara,” – Norish Kareem.

Norish Kareem London

Tambah Norish Kareem, dia juga menggunakan khidmat orang Malaysia yang tinggal di London bagi butik kafenya.

“Saya guna khidmat jurubina daripada Bizarreka, UK dan kerja pembinaan pula dengan Prisma Facilities LTD,”

Butik kafe berkenaan turut menyediakan manisan seperti vegan pastri and kek. Istimewanya pula Norish Kareem akan mengeluarkan jenama kopinya sendiri yang sepenuhnya diperbuat daripada England.

Sebelum ini jenama fesyen NKC pernah menyertai pelbagai pertunjukan fesyen antarabangsa seperti di Muslim Lifestyle di Olympia, London, Indonesia Muslim Fashion Week, DC Fashion Week di Washington, Runway Dubai di Emiriah Arab Bersatu, Minggu Fesyen New York 2017, Minggu Fesyen Paris, London Modest Fashion dan terkini Minggu Fesyen London 2018.

Norish Kareem London

Malah koleksi pakaian NKC juga boleh didapati di Beverly Hills, Amerika Syarikat dan di Emiriah Arab Bersatu, Dubai

Kini buat julung kali pada 1 Disember 2018, butik kafe pertamanya, Norish Kareem London pula dilancarkan di tengah Kota London.

Norish Kareem menjadi bangsa Melayu terkini yang begitu optimis dan realistik terhadap pembukaan butik kafe itu.

NKC pernah diperagakan beberapa deretan artis Hollywood dan kerabat. Malah model istimewa dari Australia yang menghidap Sindrom Down, Madeline Stuart sebagai wajah ilham atau muse koleksinya beberapa kali.

“Impak Stuart sangat besar untuk portfolio fesyen saya. Pertunjukan fesyen di Dubai juga memutik perkenalan kami.

“NKC sendiri menerima mesej daripada ibu bapa yang mempunyai anak dengan sindrom down dari pelusuk negara termasuk di New York yang mahu membeli koleksi seperti dipakai Madeline.

“Malah ada yang sanggup terbang ke butik di Dubai untuk membelinya. Koleksi NKC juga boleh dibeli secara dalam talian www.norishkareem.com atau di Instagram, @norishkareemfashioncouture

“Pengikut kami di Instagram juga turut meningkat naik gara-gara promosi dan impak pembabitan Madeline. Kami juga mendapat liputan meluas daripada penerbitan terkenal dan agensi berita antarabangsa seperti Marie Claire, Reuters dan Daily Mail UK sebelum ini,”

Norish Kareem London

Pemilik NKC, Norish menimba pengalaman di London sejak 2012 ketika menetap di sana kerana menyambung pengajian dalam bidang sarjana pengurusan perniagaan (MBA) di Universiti Cardiff, UK dan sarjana penyelidikan perniagaan (MRes) di Universiti Kingston, London.

Selepas tamat pengajian dia menyambung pula dalam bidang doktor falsafah di universiti sama. Dalam tempoh pengajian, Norish banyak membuat kajian mengenai perniagaan dan sasaran pelanggan.

Norish Kareem London

Kajian mengenai budaya turut dilakukan kerana memahami budaya sesebuah negara membolehkan seseorang itu diterima dalam masyarakat.

Bukan itu saja dia juga banyak mengkaji mengenai jenama dan pereka yang mencipta warisan di seluruh dunia, antaranya H&M dan Chanel.

Selepas yakin dengan apa yang dipelajari, menerusi pengalaman dan pendidikan wanita ini memberanikan diri mengeluarkan jenama sendiri.

Tahniah buat Norish Kareem!

Norish Kareem London

Norish Kareem London

Norish Kareem London

Norish Kareem London

Norish Kareem London

Norish Kareem London

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dany Beler Tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2018

THE LAST ALTIMET SHOW Konsert Altimet Sebelum Bersara