in ,

Terima Sambutan Ramai, Joox Kembali Dengan ‘Joox Superroom Challenge 2.0!’

Desain baharu yang lebih mesra pengguna!

Selepas JOOX SuperRoom Challenge 1.0 yang lalu mendapat sambutan ramai, aplikasi penstriman muzik Joox kembali dengan peraduan JOOX SuperRoom Challenge 2.0.

Dengan desain baharu yang telah dikemaskini dan direka untuk menjadi lebih mesra pengguna pasti akan memberi pengalaman lebih menarik kepada hos JOOX ROOM.

Menariknya JOOX SuperRoom Challenge 2.0 ini, hos berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang lebih lumayan, menggunakan sistem ranking untuk mencari lima pemenang top 5 setiap hari.

Lima pemenang harian akan menerima wang tunai berjumlah:

Tempat Pertama : RM600
Tempat Kedua     : RM500
Tempat Ketiga     : RM400
Tempat Keempat: RM300
Tempat Kelima    : RM200

Terima Sambutan Ramai, Joox Kembali Dengan ‘Joox Superroom Challenge 2.0!’

Untuk mendapatkan hadiah wang tunai, setiap hos perlu mencapai jumlah sekurang-kurangnya 100 pengunjung sepanjang JOOX SuperRoom 2.0 Challenge berlangsung.

Selain itu setiap peserta JOOX SuperRoom Challenge 2.0 turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3,000 menerusi Jackpot.

Penerima Jackpot ditawarkan kepada hos yang mempunyai jumlah tontonan dalam talian paling ramai sepanjang pertandingan JOOX SuperRoom Challenge 2.0 berlangsung.

Pemenang hadiah Jackpot akan diumumkan selepas pertandingan tamat kelak.

Bagaimanapun, JOOX menetapkan syarat kesemua peserta perlu menggunakan platform JOOX Rooms di aplikasi kami dan perlu mengemudi sesi secara langsung selama sekurang-kurangnya satu jam.

Sehubungan itu, JOOX mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan platform digital kami untuk berkongsi pendapat, mengekspresikan diri serta menghebahkan mengenai produk jualan anda.

Serlahkan kreativiti anda disamping menjana pendapatan bersama JOOX kerana kami ingin membantu anda menjana pendapatan dan membantu masyarakat di luar sana selain bersaing dengan sihat.

Kami membuka ruang ini kepada semua individu termasuk peniaga atas talian, golongan selebriti dan pempengaruh media sosial.

Terima Sambutan Ramai, Joox Kembali Dengan ‘Joox Superroom Challenge 2.0!’

Menerusi JOOX Superoom Challenge 1.0, hampir 80 peserta yang terdiri daripada orang awam, selebriti, badan-badan NGO dan pempengaruh media sosial.

Daripada jumlah tersebut, seramai 35 peserta telah diumumkan sebagai pemenang.

Selepas pertandingan tersebut berakhir, Joox melihat jumlah ROOMS yang dibuka lebih tinggi daripada sebelumnya iaitu sehingga 200 ROOMS dibuka setiap hari.

Ini bermakna, tujuan JOOX untuk memperkenalkan JOOX ROOMS di Malaysia telah berjaya.

Rebut peluang ini, buka ruangan anda sendiri di JOOX ROOMS sebagai hos dan mula jana pendapatan anda sekarang dan memenangi hadiah wang tunai lumayan sehingga RM10,000.

Pertandingan sudah pun bermula sejak 7 Oktober lalu dan bakal berakhir pada 20 Oktober 2021.

Sehubungan itu, kesemua maklumat lanjut dan syarat penyertaan turut disiarkan laman Facebook rasmi JOOX MY.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Park Seo Jun trending

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Daqmie & JM Berkolaborasi Hasilkan Box Kasih & Rindu Aura Rezeki Edisi Maulidur Rasul