in ,

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Peneraju penstriman Asia mengumumkan pelbagai produksi di Asian Contents and Film Market tahun ini

iQiyi, peneraju penstriman hiburan Asia, mengumumkan pada hari ini tentang susunan rancangan antarabangsa terkininya, termasuk empat produksi asli Korea baharu, dua produksi asli Filipina, serta kandungan eksklusif baharu dari Thailand dan Malaysia, di Asian Contents and Film Market 2021.

Semasa tayangan maya, Kuek Yu-Chuang, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa iQiyi, berkata, “Beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan trend yang amat positif yang mana terdapat peningkatan di dalam jumlah penonton antarabangsa yang menonton lebih banyak kandungan Asia. Sebagai peneraju dalam penstriman global dari Asia dengan jangkauan global, iQiyi akan menggandakan pelaburannya untuk memperkenalkan kandungan premium pan-Asia ke mata dunia. Kami merasa teruja untuk memainkan peranan yang penting bagi mengangkat kandungan Asia ke hadapan, dengan bekerjasama dengan para karyawan dan pelakon-pelakon terbaik dari Korea dan Filipina untuk membawakan kisah-kisah yang asli kepada penonton-penonton kami di 191 wilayah.” 

Produksi Asli Pertama dari Asia Tenggara

Saying GoodbyeHello, Heart

Dalam usahanya untuk meningkatkan lagi kandungan katalog Asia Tenggaranya, iQiyi telah bekerjasama dengan ABS-CBN, salah sebuah syarikat media dan hiburan utama di Filipina untuk menerbitkan dua siri asli Filipina untuk tontonan antarabangsa. Dua siri tersebut yang berjudul Saying Goodbye dan Hello, Heart, menampilkan pelakon-pelakon hebat Filipina dan merupakan siri asli tempatan iQiyi yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Saying Goodbye diterajui oleh Andrea Brillantes dan Seth Fedelin, yang mana lakonan mereka sebagai pasangan skrin di dalam drama TV Kadenang Ginto berjaya mendapat sambutan hebat di Filipina. Dua bintang ini bakal digandingkan sekali lagi untuk menghidupkan watak-watak baharu yang bakal menawan hati jutaan peminat “SethDrea”. Saying Goodbye adalah sebuah kisah yang meraikan kehidupan tanpa mengira cabaran yang mendatang. Ia mengisahkan Ricky dan Elise, satu pasangan yang tidak mungkin bersama tetapi disatukan oleh minat mereka terhadap muzik dan pengembaraan.

Hello, Heart bakal dibintangi oleh pelakon serba boleh Gigi De Lana, yang terkenal dengan bakat lakonan dan juga video muzik viralnya yang telah mencapai jutaan tontonan, bersama pelakon pemenang anugerah, Gerald Anderson. Siri komedi romantik ini mengisahkan Heart, seorang gadis yang cantik, lincah dan rajin tetapi selalu ditimpa nasib malang – sehinggalah dia bertemu dengan “lucky charm” atau pembawa tuahnya, Saul. Saul, seorang lelaki yang tidak beremosi mengupah Heart untuk menyamar sebagai isterinya bagi menggembirakan neneknya yang sudah nyanyuk.

Tayangan perdana global bagi Saying Goodbye dan Hello, Heart telah dijadualkan pada tahun ini dengan eksklusif di iQiyi International.

Empat Produksi Asli Korea yang Akan Datang pada tahun 2022

Crazy LoveCrazy Love – Table Read


Shooting Stars
Bad and Crazy

Crazy Love mengisahkan seorang CEO pusat tuisyen genius Matematik (lakonan Kim Jae-wook) menerima ancaman bunuh dan cuba mencari pelaku tersebut dengan berpura-pura hilang ingatan. Dia juga sanggup memalsukan perkahwinannya dengan setiausahanya yang introvert, Lee Shin Ah (lakonan Krystal Jung), yang juga mengidap penyakit membawa maut. Cinta yang mencemaskan tetapi manis mula berputik di antara mereka berdua. Siri drama ini diarah oleh Kim Jung Hyun, pengarah yang sama dalam siri drama romantik-misteri yang popular, Awaken, dan diterbitkan bersama studio utama Story Hunter Productions.

Us At One Point diterbitkan oleh GTist, sebuah syarikat produksi drama yang pernah menerbitkan banyak siri popular seperti Hometown Cha Cha Cha dan Hotel Deluna. Kisah cinta tragedi berkisar tentang kelahiran semula, yang mana satu pasangan yang terkena sumpahan terpaksa menderita kerana mereka tidak dapat bersama walaupun telah bertemu berulang kali. 

My Oppa Is An Idol adalah sebuah siri asli yang diterbitkan bersama STUDIO N, sebuah syarikat produksi yang dimiliki oleh penerbit webtoon yang terbesar di Korea Selatan. Ia mengisahkan kekecohan yang terjadi apabila seorang wakil agensi hiburan yang cerewat terpaksa tinggal sebumbung dengan seorang idola dan juga peminat setia idola tersebut. 

Weekday Wife adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan seorang gadis yang telah dilatih untuk menjadi pewaris yang kaya menolak perkahwinan yang diatur oleh keluarga ‘jaebul’ angkatnya  – dan dia mengambil keputusan untuk menjadi “isteri sewaan”. STUDIO605 yang berpengalaman bakal menyuntikkan arahan seni yang mantap dan babak-babak romantik yang mencetus emosi ke dalam produksi bersama ini.

iQiyi juga mengacah penontonnya dengan tayangan eksklusif sekilas lalu bagi dua produksi bersama, iQiyi x Studio Dragon yang dinanti-nantikan oleh semua. Dari set penggambaran Bad and Crazy, pengarah You Sun Dong mengalu-alukan para peminatnya dan mencetuskan keterujaan bagi siri bertemakan wira lakonan Lee Dong Wook dan Wi Ha Jun, yang bakal ditayangkan pada bulan Disember kelak. Para peminat juga dapat mengikuti sesi bacaan skrip Shooting Stars, yang juga telah mula penggambaran bersama pelakon-pelakon utama Lee Sung-kyung dan Kim Young-dae.

Semua siri asli iQiyi akan tersedia di 191 wilayah, dengan resolusi sehingga 4K dan menampilkan Dolby Audio menerusi aplikasi iQiyi International dan iQ.com.

Susunan Rancangan di iQiyi termasuk:
Produksi Asli Korea iQiyi
Crazy Love Global Original | 2022 Muat turun asetDalam kemunculan siri TV terbaharunya dua tahun ini, Kim Jae-wook melakonkan watak seorang CEO pusat tuisyen genius Matematik yang menerima ancaman bunuh dan cuba mencari pelaku tersebut dengan berpura-pura hilang ingatan. Dia juga sanggup memalsukan perkahwinannya dengan setiausahanya yang introvert Lee Shin Ah (lakonan Krystal Jung), yang mengidap penyakit membawa maut. Cinta yang mencemaskan tetapi manis mula berputik di antara mereka berdua.
Us at One Point Global Original | 2022Kisah cinta tragedi berkisar tentang kelahiran semula, yang mana satu pasangan yang terkena satu sumpahan terpaksa menderita kerana mereka tidak dapat bersama walaupun telah bertemu berulang kali.
Weekday Wife Global Original | 2022Seorang gadis yang dilatih untuk menjadi seorang pewaris kaya menyedari rancangan keluarga angkat untuk mempergunakannya sebagai agenda politik. Lalu dia menolak perkahwinan yang diatur oleh mereka dan menjadikan “isteri sewaan” sebagai kerjayanya.
My Oppa is an Idol Global Original | 2022Kekecohan pasti akan timbul apabila seorang wakil agensi hiburan yang cerewat terpaksa tinggal sebumbung dengan seorang idola dan juga peminat setia idola tersebut,
Shooting Stars Global Original | 2022
Muat turun aset
Berlatarbelakangkan industri hiburan Korea, siri ini memaparkan kehidupan sebenar selebriti, agen dan wartawan tabloid. Shooting Stars mengisahkan bintang utama (Kim Young-dae) yang jatuh cinta dengan Ketua Publisiti agensi bakatnya (Lee Sung-kyoung). Gandingan mantap Lee Sung-kyoung dan Kim Young-dae sebagai pasangan skrin baharu merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua.
Bad and Crazy Global Original | Disember 2021 Muat turun asetBad and Crazy merupakan drama bertemakan wira tentang “penjahat” yang serba boleh, Suyeol (Lee Dong Wook) dan “orang gila” K (Wi Ha Jun). Mereka berdua mempelajari semula erti perikemanusiaan dalam pertemuan mereka. Suyeol (lakonan Lee Dong Wook) adalah seorang polis yang korup dan hanya mengejar pangkat. Namun begitu, hatinya berubah pada suatu hari dan dia nekad untuk membasmi rasuah dalam pasukan polis dan menangani ketidakadilan sosial.
Siri Asli Filipina iQiyi
Saying Goodbye Global Original | 2021 Q4 Muat turun asetSaying Goodbye adalah sebuah kisah yang meraikan kehidupan tanpa mengira cabaran yang mendatang. Ia mengisahkan Ricky dan Elise, satu pasangan yang tidak mungkin bersama tetapi disatukan oleh minat mereka terhadap muzik dan pengembaraan.
Hello Heart Global Original | 2021 Q4 Muat turun asetHello, Heart adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan Heart, seorang gadis yang cantik, lincah dan rajin tetapi selalu ditimpa nasib malang – sehinggalah dia bertemu dengan “lucky charm” atau pembawa tuahnya, Saul. Saul, seorang lelaki yang tidak beremosi mengupah Heart untuk menyamar sebagai isterinya bagi menggembirakan neneknya sudah nyanyuk. Walaupun pada mulanya mereka saling benci-membenci, tetapi lama-kelamaan, mereka mula jatuh hati. Adakah ini cinta sebenar?
Kandungan Thai iQiyi
Only You I Need Part 2 Penstriman Eksklusif Thailand | 2021 Q4 Muat turun asetOnly You I Need adalah kisah melodrama cinta dan pengkhianatan di antara Lue, seorang pempengaruh yang tampan yang memiliki syarikat pelancongan yang berjaya; isterinya yang cantik, Nampink; dan Ramnam, seorang gadis yang bercita-cita tinggi yang dijadikan anak angkat oleh keluarga Lue sejak kecil. 
Ramnam merasa kekurangan kerana dia adalah sekadar anak orang gaji. Dia nekad untuk meningkatkan taraf hidupnya sehingga tiada siapa yang berani bertanyakan asal-usulnya dan seterusnya merancang untuk menjadi kekasih Lue. Perasaan benci dan cinta di antara mereka bertiga bakal mengubah hidup mereka untuk selamanya.
Gen Y The Series 2 Penstriman Eksklusif Thailand | 2021 Q4 Muat turun asetGen Y The Series 2 berkisar tentang kisah cinta beberapa pasangan Gen Y; Wayu dan Thanu, yang hubungan mereka teruji oleh kisah silam mereka; Mark dan Kij, yang hubungan mereka menjadi pudar sehingga mereka terpaksa menjauhkan diri dari masing-masing untuk mengenali semula cinta yang dulunya bersemi di antara mereka; dan Pok dan Tong – perasaan dendam telah menghalang mereka untuk mencintai satu sama lain.
Siri ini juga mengikuti kisah cinta empat pasangan lain yang berikutnya.
Kandungan Melayu iQiyi
Gerak Khas Undercover Eksklusif bagi Singapura, Malaysia | 2021 Q4 Muat turun asetGerak Khas Undercover adalah siri drama aksi  yang mengisahkan sepasukan polis perisik dalam menyelesaikan pelbagai kes jenayah berat. Siri ini juga menyuntik pelbagai emosi dalam kisah keluarga dan cinta setiap anggota polis terlibat.
Cukup Derita Itu Part 2 Eksklusif Singapura, Malaysia | 2021 Q4 Muat turun asetEllani dan Ellana adalah pasangan kembar tidak seiras yang dibesarkan oleh emak saudara mereka, Mak Ngah. Namun begitu, Mak Ngah memberi layanan yang berbeza kepada mereka berdua: Ellana disayangi seperti seorang puteri, manakala Ellani dilayan seperi hamba oleh Mak Ngah. Konflik mula timbul apabila Zarul yang sepatutnya mengahwini Ellana, berubah hati dan mengahwini Ellani. Sejak itu, Mak Ngah dan Ellana berikrar untuk memusnahkan perkahwinan Zarul dan Ellani.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Positif Dadah

Terima Sambutan Ramai, Joox Kembali Dengan ‘Joox Superroom Challenge 2.0!’