in , ,

Khai Bahar Menang Di JOOX Top Music Awards Malaysia 2021

Tahniah! Khai Bahar tampil bergaya dengan mengekalkan kejayaannya sebagai artis tempatan popular dua tahun berturut-turut di JOOX Top Music Awards Malaysia.

Tahun ini, beliau pulang dengan 2 kemenangan dalam kategori Top 5 Artist : Local dan Top 5 Hits : Local dengan lagu Sengsara (OST Dendam Penunggu) di JOOX Top Music Awards Malaysia 2021. 

Bercerita tentang ‘Sengsara’, lagu ini merupakan lagu tema kepada Dendam Penunggu, sebuah filem original di platform penstirman filem tonton CINEMA yang ditayangkan pada 5 November yang lalu. Filem seram ini dilakonkan oleh barisan pelakon muda yang meningkat naik seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Ahmad Adly, Bella Dowanna dan ramai lagi. Filem ini mendapat sambutan yang hangat menerusi platform digital dan juga sosial media.

Joox - Khai Bahar

Lagu Sengsara ini merupakan lagu terbitan Alternate Records Sdn Bhd dan dicipta oleh John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K. Lagu Sengsara ini membawakan emosi seram yang bersesuaian dengan jalan cerita filem tersebut. Ia juga membawakan mesej anti buli yang disampaikan oleh penyanyi penuh berkarisma ini. Lagu ini pernah menjuarai carta muzik-muzik dan berada di Top 10 carta radio serta mendapat juta tontonan di Tik Tok.

Menurut Khai Bahar “Alhamdulillah. Kemenangan ini adalah kemenangan penyokong yang sentiasa memberi semangat dan mengundi Khai. Tanpa penyokong seperti mereka semua, Khai tidak mungkin dapat meraih kemenangan ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada Khai tanpa jemu.”

Lagu Sengsara ini boleh didengari di semua digital platform dan juga boleh tonton muzik video di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

5 Aktiviti Mengujakan Yang Perlu Anda Cuba Di 1 Utama Shopping Centre!

Tahniah! PU Riz Dilantik Jadi Pensyarah Kanan