in ,

Daqmie & JM Berkolaborasi Hasilkan Box Kasih & Rindu Aura Rezeki Edisi Maulidur Rasul

DENGAR, hayati dan segarkan diri dengan Box Kasih & Rindu Aura Rezeki Sempena Edisi Maulidur Rasul

Itulah keistimewaan dan keunikan Box Kasih & Rindu Aura Rezeki yang dihasilkan khas sempena edisi Maulidur Rasul. Ia adalah projek istimewa membabitkan kerjasama penyanyi Daqmie dan pemilik produk Aura Rezeki, Julinda Miswan atau lebih dikenali menerusi nama komersialnya JM.

Daqmie

Biarpun dihasilkan dalam masa yang singkat, projek ini berjalan lancar dan disiapkan menepati deadline yang ditetapkan.

“Selepas mendapat persetujuan dari JM, barulah proses ke arah projek ini dimulakan.
  
   “Mulanya, saya buat kertas kerja dan hantar pada dia. Umpamanya, hari ini cakap dan JM setuju, esoknya saya hantar kertas kerja.

   “Dia kata okey boleh teruskan, maka kami terus buat mesyuarat pertama secara atas talian. Dalam mesyuarat pertama pada pertengahan Ogos, saya bentangkan garis masa kita untuk sampai ke 19 Oktober (Maulidur Rasul).

   “Jadi, ada tiga bulan sahaja perjalanan. Bila dah dapat lampu hijau, saya pun mulakan produksi. Untuk produksi lagu saya yang buat manakala produksi garam mandian pula dilakukan oleh Aura Rezeki,” katanya.

Daqmie

Daqmie, 50,  atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap berkata, produksi rakaman lagu yang dikeluarkan dalam bentuk digital ini dibuat di studio miliknya iaitu Daqmie Music Factory. Sementara proses editing, mixing dan mastering dilakukan oleh Rumie Booty di Rumie Music Lab (RML).
 
   Menurutnya, semua lagu-lagu yang ditampilkan adalah lagu baharu kerana dengan cara ini, ia boleh diguna pakai tanpa perlu minta kebenaran daripada pemilik sebelumnya.
 
   “Lagu baru senang untuk dikendalikan. Yang keduanya antara sebab saya buat ialah, semasa itu (Perintah kawalan Pergerakan) kita semua tiada kerja. Pemuzik tiada kerja dan sangat terkesan.
 
   “Bila kita ada produksi, kita kongsi-kongsilah dengan rakan-rakan. Sebenarnya rezeki dari projek ini bukan untuk saya seorang sahaja tapi ramai yang dapat.
  
   “Ada lebih kurang lima keluarga yang berjaya menyelesaikan masalah kewangan untuk projek ini. Lima keluarga ini kalau bilangan ahli keluarganya tiga orang, sudah 15 orang yang dibantu,” katanya.

   Dengan perancangan kerja yang baik, Box Kasih & Rindu Aura Rezeki akhirnya berjaya disiapkan dan dilancarkan secara fizikal serta maya pada 11 Oktober, jam 11 pagi di Aura Rezeki HQ, No 17 & 17A, Bandar Bukit Mahkota, Kajang.

   “Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan Aura Rezeki. Sudah semestinya saya memberikan yang terbaik untuk projek ini,” katanya.

   Sementara itu, Julinda Miswan, 44, yang mempunyai pengalaman lebihi 20 tahun dalam bidang  perniagaan, turut gembira dapat bekerjasama dengan Daqmie.

   “Daqmie seorang yang kreatif dan apabila dia menyarankan projek ini, saya terus bersetuju kerana ada manfaatnya terhadap kedua- dua belah pihak.
  
   “Saya juga mengharapkan agar penyokong kami dapat memberi sokongan padu terhadap projek ini kerana ia menampilkan konsep baru kepada mereka,” katanya.

   Julinda adalah CEO JMV Global Sdn Bhd dan Pengasas Aura Rezeki, manakala suaminya, Jamaludin Sulaiman bertindak sebagai COO JMV Global Sdn Bhd.

   Pasangan ini mempunyai tiga anak berusia 23, 20 dan 19 tahun. Usahawan berasal dari Banting Selangor ini mengusahakan jenama Aura Rezeki, produk yang berasaskan garam sejak 2015, dengan bermodalkan hanya RM300 sahaja.

   Bermula dengan hanya satu jenis produk, Aura Rezeki kini mempunyai lebih 30 rangkaian produk di pasaran dan kesemuanya adalah berasaskan garam bukit. Produk Aura Rezeki dipasarkan melalui rangkaian Pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

   Sementara itu Daqmie berkata, box ini memuatkan garam mandian dengan wangian keluaran khas, pamplet dan QR Code dimana pembeli boleh scan untuk mendapatkan lagu.
  
   “Tempahan box diuruskan oleh kakitangan Aura Rezeki menerusi ejen dan stokis.

   “Saya merasa seronok terbabit untuk projek ini kerana memang setiap tahun terbabit dalam program untuk Maulidur Rasul samada bergandingan dengan pihak lain mahupun buat sendiri.
  
   “Tahun lalu saya buat dengan kumpulan Rabbani di Kundang, Selangor. Ketika itu rakan kongsi saya, Allahyarham Waie Ramli, pemilik Nasyeed.com masih hidup. Apabila dia meninggal, saya tiada rakan kongsi lagi,” ujarnya.

   Daqmie juga sudah menyiapkan muzik video lagu Kasih Yang Di Rindu daripada album ini dan boleh ditonton di akaun Youtube Aura Rezeki Malaysia Official

Senarai lagu dalam album ini ialah:
01. Doa Pagi Dan Petang
02. Doa Ibu Bapa
03. Subhanallah
04. Alhamdulillah
05. Lailahaillallah
06. Allahu Akhbar
07. Selawat Dan Salam
08. Kasih Yang Di Rindu
99. Rahmatal Lil Alamin
10. Keluarga Aura Rezeki

   Mereka yang berminat untuk memiliki Box Kasih & Rindu Aura Rezeki boleh mendapatkannya menerusi Instagram @aurarezekimalaysia dan @aurarezekiofficial.

Daqmie

Kembali ke Pentas

Menerusi projek Box Kasih & Rindu Aura Rezeki, Daqmie yang agak lama menyepi selepas menghasilkan album Budi pada 2016, memikirkan akan kembali aktif menyanyi.


   “Dah sampai masanya untuk ke arah itu. Sebelum ini saya seronok bekerja di belakang tabir, jadi penerbit, buat muzik dan seronok duduk studio. Perasaan itu lain macam rasanya.
  
   “Tapi bila rasa sekarang, studio pun tak macam dulu. Perasaan pun dah jadi terbalik. Saya lihat persembahan secara langsung lebih seronok.

   “Jadi saya mahu ke depan pula seperti dahulu,” katanya.

   Daqmie membuat kemunculan pertama dalam bidang seni bersama kumpulan EAST pada 1992. Diikuti dengan album berikutnya Generasi Metal (1998).
  
   Pada 2003 dia menyertai kumpulan Barongan dan tampil dengan album ASAL.
   Selama 10 tahun berehat kerana menyambung pelajaran, Daqmie akhirnya tampil dengan album Maulaya pada 2013 dan Budi (2016).
 
   Kejayaan yang diraih pula adalah menerusi:
– Album Nasyid Terbaik AIM16 (Maulana – Rabbani)
– Juara Nasyid Terbaik 2014 Anugerah Nasyid IKIM (Tangis Sebatang Tamar)
– Vokal Terbaik 2014 Anugerah Nasyid IKIM (Tangis Sebatang Tamar)
– Lirik Terbaik 2014 Anugerah Nasyid IKIM (Tangis Sebatang Tamar)
– Tempat Ketiga 2017 Anugerah Nasyid IKIM  Jalan Syahadah)
– Anugerah Nasyid Malaysia 2020 – Lagu Terbaik (Ittihad – Rabbani)
 
   Dia juga pernah menerbitkan album/menghasilkan lagu serta menulis lirik untuk album:
   – Rabbani, Raihan, Inteam, Barongan, Muadz, Dendang Anak, Nazrey Johani, Hijjaz, Brothers, Saujana, NowSeeHeart, Datuk Sharifah Aini, Saleem, Aishah, Inteam, Mestica, Wildan, Demascus dan FINE Group

   Lagu-lagu runut bunyi yang pernah dihasilkan ialah:
– I’m Not Single, Remuk, Nurul Iman, 7 Petala Cinta, Sabda Kekasih, Selamat Pagi Cinta, 99 Kali Rindu, Salam Cinta, Muhammad Utusan Terakhir, Syahadah, Bersama Tak Selamanya, Yang Terindah (Adamaya) dan Angin Rindu Sarajevo.

Daqmie

Semangat yang dikongsi

 
   Bercerita mengenai projek ini, Daqmie, 50, atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap berkata, ia tercetus kerana hubungan baiknya dengan JM, yang membawa kepada kerjasama ini.
     
   “JM kebiasaannya berkongsi perkara yang positif di Facebook. Suatu hari dia berkata, semangat hari ini.
  
   “Saya pun tertarik dan mesej dia dengan berkata
saya nak sambutlah semangat JM ini.
  
   “Dia kata nak buat apa. Saya katakan ada satu proposal untuk JM sebab saya fikir rasanya sempat lagi nak buat benda ini.
  
   “Saya nak buat Box Kasih & Rindu Aura Rezeki Maulidur Rasul. Ia kerana ada persamaan antara Daqmie dan Aura Rezeki,” katanya membuka cerita.
  
   Jelas Daqmie, Aura Rezeki ialah produk berasaskan garam, mandian garam dan selain daripada itu turut mempunyai 31 lagi produk.
  
   “Sudah tentu yang paling menarik sekali Aura Rezeki kerana segmennya
ialah terapi. Siapa yang mandi air garam itu boleh terapi diri.
 
   “Saya cakap dengan JM, terapi Aura Rezeki ialah benda fizikal. Muzik saya pun saya nak buat terapi juga untuk spiritual.
  
   “Jadi, kami buat benda ini dengan gabungkan jadikan Box tersebut didalamnya ada doa dan zikir dalam bentuk lagu serta ada hadiah dari Aura Rezeki dan khususkan Box itu sempena untuk Maulidur Rasul.
 
   “Saya susun 10 lagu baharu untuk disesuaikan dengan produk Aura Rezeki,” Daqmie.

Daqmie

10 lagu yang dihasilkan sebenarnya banyak kepada doa, zikir dan selawat serta
lebih kepada terapi.
 
   “Tiada lagu-lagu bernada tinggi yang sinonim dengan saya. Lebih kepada benda untuk menyuraikan masalah.
  
  “Bayangkan keadaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang semuanya tertekan dan sebagainya.
  
   “Jadi dalam Box itu pertama sekali kita ada doa-doa. Doa untuk ibubapa dan pelbagai. Kemudian ada selawat dan benda-benda yang boleh dekatkan kita dengan Allah semula.
  
   “Benda itu adalah terapi. Dan kalau pendengar menikmati lagu-lagunya
dari mula hingga akhir akan faham benda ini untuk apa,” katanya.
  
   Baginya, mereka yang menikmati dapat merasai kesannya dan inilah sumbangannya sebagai seniman.
  
   “Ini yang boleh saya bagi untuk kita bantu orang-orang yang dalam tekanan
terutamanya frontliners yang bila mendengarnya boleh rilek.
  
   “Kalau untuk ketenangan fizikal, dia boleh guna garam mandian pula untuk dapatkan kesegaran dan kecergasan.
  
   “Garam yang dibuat untuk Box Kasih & Rindu Aura Rezeki merupakan garam yang memang khusus untuk program ini. Ia memang eksklusif dan sangat terhad dengan wangian khas.
  
   “Ia dikeluarkan sebanyak 5000 set. Jangan ketinggalan mendapatkannya,” katanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terima Sambutan Ramai, Joox Kembali Dengan ‘Joox Superroom Challenge 2.0!’

Komen Rita Rudaini, Netizen Suruh Report Polis Kalau Nampak Dia Rentas Negeri