in , ,

Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

* Khai Bahar muncul sebagai sensasi pop Malaysia dan mengekalkan penguasaan selama beberapa tahun apabila memenangi kategori Top 5 Hit: Lokal dan Top 5 Artis: Lokal selama dua tahun berturut-turut

K-Pop membuktikan penguasaan meluas di arena antarabangsa, apabila BTS dan Lisa dinobatkan sebagai Top 5 Hit: Antarabangsa menerusi single mereka, selain itu BTS juga memenangi Anugerah “Top Fans Pick” manakala Lisa juga membawa pulang anugerah Top 5 Hit: K-Pop.

Pencinta muzik di Malaysia sudah pasti akan bersorak dan menjerit kegirangan untuk meraikan kejayaan artis-artis tempatan dan antarabangsa kesayangan mereka yang membawa pulang pengiktirafan dari JOOX, platform penstriman paling berdedikasi di Asia menerusi “JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021”

Majlis sidang media pengumuman pemenang yang diadakan hari ini turut diserikan dengan kehadiran pemenang-pememenang anugerah tahun ini termasuklah Khai Bahar, Yonnyboii, Asyraf Nasir, UKAYS, XPDC dan Tajul, yang memukau penonton menerusi persembahan beliau secara langsung. 

Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

Dominasi Dua Tahun Muzik Pop 

Sensasi muzik Malaysia, Khai Bahar membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang bintang terhebat di negara ini apabila berjaya menggenggam dua anugerah iaitu Top 5 Hit: Lokal (menerusi lagu “Sengsara” dari runut bunyi filem Dendam Penunggu) dan Top 5 Artis: Lokal – selama dua tahun berturut-turut! 

“ Terima kasih kepada JOOX Malaysia sebab memberikan peluang ini kepada saya dan juga para peminat setia yang tanpa henti telah memberikan sokongan kepada saya sehingga saya dapat membawa pulang kedua-dua anugerah ini sekali lagi. Kedua-dua anugerah ini pernah saya menangi juga di tahun 2020. Oleh kerara itu saya betul-betul terharu atas jasa semua orang yang terlibat dalam kesuksesan saya ini” kata Khai Bahar yang di temui pada acara majlis sidang media yang di adakan di The Platform, Menara Ken TTDI, Kuala Lumpur.

Permata Pop Lokal Akhir Tahun 2021 

Turut memenangi kategori Top 5 Artis: Lokal bersama Khai Bahar ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ukays, Haqiem Rusli dan XPDC, manakala kategori Top 5 Hit: Lokal dimenangi oleh juara Carta Hit Tempatan JOOX selama 19 minggu berturut-turut iaitu “Malam 

Semakin Dingin” oleh Tajul & Afieq Shazwan – nyanyian semula lagu klasik 2001 oleh Kumpulan Spin yang dahulunya diterajui oleh arwah Achik, abang kepada Tajul– selain lagu “Sengsara” oleh Khai Bahar; “Tak Sangka” oleh Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf Nasir; “Berani” oleh DOLLA; dan “Nang” oleh Iman Troye.

“Kami tidak sangka dapat membawa pulang anugerah berprestij ini kerana calon-calon untuk anugerah ini sendiri adalah artis-artis yang berbakat dan juga lagu-lagu yang terbaik. Oleh kerana itu saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada semua peminat yang telah mengundi kami” kata Asyraf Nasir

Manakala Yonnyboii juga mengatakan “Kami sangat berbangga dan tidak sangka dapat memenangi anugerah JOOX ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang telah mengundi kami dan semoga sokongan padu dari semua peminat di sana akan berterusan sebagai pemangkin untuk kami lebih bersemangat untuk berkarya lagi” 

Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

Pilihan Terhangat Antarabangsa

Peminat Malaysia juga turut memilih sendiri lagu kegemaran mereka daripada artis terkemuka dunia termasuk dua bintang K-Pop terhangat hari ini, sekaligus membuktikan populariti genre tersebut di seluruh dunia. “Permission to Dance” oleh BTS; “MONEY” oleh Lisa; “STAY” oleh The Kid LAROI dan Justin Bieber; “Easy on Me” oleh Adele; dan “My Universe” oleh Coldplay dan BTS memperoleh tempat sebagai single global terbesar tahun ini dalam Top 5 Hit: Antarabangsa.

Siapakah artis yang paling bersinar di pentas antarabangsa tahun ini? Olivia Rodrigo, Alan Walker, Justin Bieber, Ariana Grande dan Bruno Mars adalah pilihan peminat muzik Malaysia apabila mereka memenangi kategori Top 5 Artis: Antarabangsa. 

Kehangatan K-Pop Terus Membara 

Jika anda berfikir K-Pop hanyalah satu trend yang bakal pudar, anda silap besar! Kehangatan K-Pop terus membara apabila ia meluaskan pengaruhnya ke pentas dunia. “LALISA” oleh Lisa, “ONLY” oleh Lee Hi, “Déjà Vu” oleh ATEEZ, “Dumb Dumb” oleh Jeon Somi dan “LOCO” oleh ITZY berjaya menungguli kategori Top 5 Hit: K-Pop. Kemeriahan K-Pop terus terasa apabila ikon pop antarabangsa, BTS dinobatkan sebagai “Top Fans Pick” oleh peminat muzik tempatan tahun ini.

Lagu karaoke popular di tahun 2021

Peminat muzik Malaysia juga tidak pernah berhenti menyanyikan lagu-lagu hit karaoke terhebat tahun ini, dan mereka telah memilih lagu Lewis Capaldi “Someone You Loved” dan “Here’s Your Perfect” karya Jamie Miller sebagai Top 3 Karaoke: Hit Popular serta lagu “Malam Semakin Dingin” dendangan Tajul & Afieq Shazwan, memenangi anugerah keduanya dalam majlis anugerah tahun ini.

Tajul yang turut membawa pulang dua anugerah berkata “ Perasaan saya adalah sangat gembira dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah mengundi Tajul. Terima kasih juga kepada JOOX Malaysia yang telah membawakan anugerah berprestij ini untuk memberikan penghargaan kepada penggiat muzik tanah air. Sedikit sebanyak saya teringat kepada arwah abang saya kerana lagu ini lagu abang. Terima kasih banyak kerana masih meminati arwah abang dan juga meminati Tajul”

“Tajul tidak menyangka bahawa lagu “Malam Semakin Dingin” menduduki Carta  Hit Tempatan JOOX selama 19 minggu berturut. Tajul harap dapat mengekalkan kejayaan ini tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh merasa akan selalu berada di atas” tambah Tajul yang turut menyerikan majlis ini dengan mendendangkan lagu “Malam Semakin Dingin”.

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, berkata, “Kecintaan peminat muzik di Malaysia terhadap muzik semakin menebal setiap tahun, dan JOOX amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian besar dalam sokongan mereka terhadap artis tempatan dan antarabangsa serta lagu hit kegemaran mereka. Kejayaan berterusan “JOOX Top Music Awards Malaysia” mengukuhkan kepentingan muzik pop dan hiburan dalam kehidupan rakyat Malaysia, sekaligus memberi mereka lebih banyak sebab untuk tersenyum, menyanyi, mengikut rentak dan menari setiap hari, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.”

Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

Senarai pemenang “JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021”:

Top 5 Hit: Lokal

LaguArtis
Malam Semakin DinginTajul & Afieq Shazwan
Tak SangkaYonnyboii, Zynakal, ASYRAF NASIR
BeraniDOLLA
Sengsara (from “Dendam Penunggu” Original Soundtrack)Khai Bahar
NangIman Troye
Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

Top 5 Artis: Lokal

Artis
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Ukays
Haqiem Rusli
XPDC
Khai Bahar
Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

Top 5 Hit: Antarabangsa

LaguArtis
Permission to DanceBTS
MONEYLISA
STAYThe Kid LAROI & Justin Bieber
Easy On MeAdele
My UniverseColdplay & BTS

Top 5 Artis: Antarabangsa

Artis
Olivia Rodrigo
Alan Walker
Justin Bieber
Ariana Grande
Bruno Mars
Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

Top 5 Hit: K-Pop

LaguArtis
LALISALISA
ONLYLee Hi
Deja VuATEEZ
Dumb DumbJeon Somi
LOCOITZY

Top Fans Pick: BTS

Top 3 Karaoke: Trending Hits

LaguArtis
Someone You LovedLewis Capaldi
Here’s Your PerfectJamie Miller
Malam Semakin DinginTajul & Afieq Shazwan
Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

Kehangat akan lebih terasa setiap tahun! Terus mengikuti hit terhebat 2022 dan bintang paling menyinar di Malaysia hanya di JOOX, yang kini mempunyai lebih 40 juta lagu daripada artis tempatan dan antarabangsa dalam muzik perpustakaan. Jangan ketinggalan mengikuti aliran muzik terkini pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja melalui aplikasi mudah alih atau desktop JOOX – boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Park Seo Jun trending

HONOR Umum Watch GS 3 & Earbuds 3 Pro Yang Boleh Pantau Kesihatan

Tahniah! Calift Gold Terima Anugerah The Brand Laureate Kategori World Halal Bestbrand 2022