in , ,

Siti Sarah Pilih Syafiq Kyle Bintangi Muzik Video SEMAKIN

Pada petang ini, Siti Sarah telah mengumumkan siapakah pelakon yang berlakon dalam muzik video SEMAKIN. Satu kajian telah pun dibuat dan rata-rata memilih pelakon hero Malaya… mungkin Sarah ada sebab kenapa pilih Syafiq Kyle kan?

Teka-teki mengenai siapa aktor yang membintangi muzik video lagu SEMAKIN nyanyian Siti Sarah akhirnya terjawab apabila aktor Syafiq Kyle dipilih dan pengumuman itu dibuat menerusi majlis pelancaran muzik video itu yang berlangsung di Red Box Gardens, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Sarah pemilihan Syafiq dibuat oleh suaminya, Shuib yang merupakan penerbit MV.

Siti Sarah SEMAKIN

Shuib melihat gandingan isterinya bersama Syafiq sesuatu yang segar selain faktor fizikal mereka yang melengkapi satu sama lain.

“Sebelum buat MV ini kami terlebih dahulu buat survey di media sosial dan rata-rata pilih Remy Ishak, Zul Ariffin, Fattah Amin dan Syafiq Kyle.”

“Kalau kami ambil Remy, Remy dah dikenali dengan branding penyanyi lain dan kalau ambil Zul dan Fattah, mereka terlalu tinggi daripada Sarah.

“Akhirnya kami buat keputusan memilih Syafiq sebagai gandingan Sarah dalam MV ini sebab dia pun lebih kurang sama saiz badan dengan Sarah, jadi nampak secocok dan cantik bila bergandingan,”

– Shuib

Video Muzik Rasmi Dilancarkan Pada Jam 4 Petang Tadi

Muzik video Semakin diarahkan oleh CK Faizal.

Sarah turut mengatakan dia gembira dapat bekerja dengan Syafiq memandangkan dia merupakan peminat lakonan aktor kacak itu.

“Saya memang kayu kalau berlakon tapi Syafiq banyak membantu saya ketika penggambaran berlangsung.

“Antara babak yang susah untuk saya lakonkan ketika ditarik tudung oleh Syafiq tapi dia berjaya berikan energy lakonan sehingga ia meresap kepada saya,”

– Siti Sarah

Sementara itu, Syafiq mengakui teruja apabila dapat bekerjasama dengan pasangan suami isteri tersebut.

“Ini pengalaman pertama saya berlakon dalam muzik video dan apa yang boleh dikatakan saya sangat senang bekerja dengan Sarah dan Shuib.

“Sebelum ini ada juga beberapa penyanyi pelawa untuk bintangi muzik video mereka tapi selalunya saya terikat dengam komitmen kerja lain.

“Tapi ketika dipelawa Shuib dan kena pula saya tengah free, rezeki saya dapat terlibat dalam MV Semakin.

“Saya tak kisah kalau dikatakan pelaris MV ini sebab mungkin Shuib ada strategi yang tersendiri untuk lagu ini,”

– Syafiq Kyle

Strategi yang bagus dan satu pilihan yang tepat bagi Siti Sarah kerana Syafiq mempunyai peminat yang sentiasa menyokong. Semoga karier Siti Sarah semakin berkembang dengan lagu SEMAKIN ini.

Sumber: KopiPlanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Eksklusif Bersama Kak Long aka Amelina di PC KL JAMM

Rosakkan Lagu Siti Nurhaliza, Masdo Teruk Dihentam Netizen