in , , ,

Yang Menarik Tentang Drama Bersiri TEMAN di 8TV

8TV dengan bangganya mempersembahkan – Teman, sebuah kisah pengalaman pengembaraan yang unik oleh dua individu yang berlainan personaliti.

Teman yang bakal muncul dengan lapan episod akan menyerikan lagi ruang tamu anda pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam bermula pada 28 Februari 2007. Untuk 30 minit setiap minggu, penonton akan ditemani Mimi dan Belinda menjelajahi seluruh Malaysia serta mendapat lebih daripada apa yang mereka inginkan.

Teman Dua Gadis Berlainan Personaliti… Satu Pengembaraan Sama!

Pengurus Besar Pengurusan Jenama 8TV, Cik Airin Zainul memberikan pendapatnya tentang produksi ini,

“Teman ialah sebuah kisah trek pengembaraan yang membabitkan dua gadis lincah berlainan personaliti, mengharungi pelbagai suka duka semasa mengembara.??”

– Pengurus Besar Pengurusan Jenama 8TV, Cik Airin Zainul
392634839 68Dc614E82 O | 4

Semasa majlis pelancaran pada hari ini, Airin menambah, siri rancangan baru ini membantu menghangatkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 dan akan membuktikan bahawa ia akan menjadi sebuah lagi rancangan hit di 8TV, terutama sekali di kalangan penonton metropolitan yang berumur dua puluhan.

392634779 Dc1B8Cd75F O | 5

Teman berkisarkan tentang keunikan hubungan persahabatan di antara Miss Sporty (Mimi Rahzia) dan Miss Trendy (Belinda Chee) dalam catatan pengembaraan separa realiti apabila mereka membuat keputusan untuk mengembara selama 30 hari merentasi Semenanjung Malaysia berbekalkan kamera video dan juga komputer riba bersama dengan wang belanja RM150 sehari untuk menamatkan pengembaraan mereka.

392634714 C7Baaaa93E | 6

Secara kebetulan, kehidupan kehidupan kedua-dua gadis ini sedang bergolak dengan perihal Miss Trendy yang sedang melalui situasi sukar bersama teman lelakinya manakala Miss Sporty pula memerlukan tunjuk ajar yang dapat mengajarnya tentang teknologi, fesyen dan juga peralatan elektronik.

Mereka berdua belajar cara untuk berpegang kepada kebolehan masing-masing dan bertukar-tukar pendapat semasa melalui siri pengembaraan ini.

Mengenepikan rasa takut dan berani berhadapan dengan rintangan di atas nama pengembaraan, penonton akan dibawa ke tempat – tempat yang menarik yang mampu membuka mata bagi menjadi saksi untuk pengalaman pertama bagi gadis-gadis ini melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan buat julung-julung kalinya di serata tempat seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Apabila segala ego dan perbezaan personaliti diketepikan, mereka berjaya untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama dari berenang bersama ikan jerung di dalam kolam Aquaria, menjejaki hantu di bandar besar, mencari barang purba di pulau yang bersejarah dan tempat tumpuan pelancong sehingga mencuba pelbagai makanan di Malaysia di samping membeli belah.

392634637 10F1Bbcb54 | 7

Cik Lau Sook Ping, Pembantu Pengurus Pemasaran Dalam Negeri Procter & Gamble Malaysia memberi komen tentang penglibatan mereka dalam siri rancangan ini,

“New Olay White Radiance Intensive White Cream memahami kehendak wanita seperti Miss Sporty dan Miss Trendy dalam mengekalkan kecantikan dengan tambahan SPF 24 dan vitamin pemutihan.

Rancangan ini juga memberi mereka peluang untuk mengisi hidup mereka dengan kerjaya, cinta, percutian ringkas serta aktiviti sukan luar. Semua ini jelas digambarkan dalam Teman yang penuh dengan semangat dan juga keyakinan wanita.

Teman juga akan membawa anda untuk melihat kehidupan melalui sudut yang berbeza. Teman memberi idea yang berguna dalam mengatasi cabaran dan juga cara membuat pilihan yang tepat serta menyaksikan pengembaraan yang boleh didapati di Malaysia!”

– Cik Lau Sook Ping, Pembantu Pengurus Pemasaran Dalam Negeri Procter & Gamble Malaysia

Setiap episod penuh dengan kejutan serta kunjugan ke destinasi yang menarik, jangan lupa untuk menghebahkan kepada rakan-rakan anda untuk menonton Teman di 8TV pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam bermula 28 Februari ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adibah Noor | 29

Di Balik Keistimewaan Video Muzik TERLALU ISTIMEWA Adibah Noor

Linda Onn | 30

Isu Baju Linda di Anugerah Oscar, Ini Penjelasan Linda Onn