in , ,

Telemovie Orang Luar Lakonan Dira Abu Zahar & Norman Hakim

Isu Depresi Dalam Masyarakat Lakonan Dira Abu Zahar Dan Norman Hakim Dalam Telemovie Orang Luar di TV2

Depresi di kalangan masyarakat kita dilihat semakin meningkat saban hari. Hal ini berlaku disumbangkan oleh berbagai faktor dalam kehidupan sehinggalah mereka kemudiannya nekad melakukan apa saja hingga tahap membunuh diri.

Depresi sangat berbahaya jika seseorang itu tidak diawasi terutama oleh keluarga sendiri. Bagi individu yang mengalaminya sepatutnya diberikan rawatan secara intensif. Paling tidak pun golongan tersebut perlu selalu diajak berkomunikasi kerana jika dibiarkan bersendirian mereka selalu berfikir tentang perkara yang bukan-bukan.

Ana Dahlia dan Norman Hakim

Menerusi sebuah drama menarik bertajuk Orang Luar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi paparan plot kisah watak yang mengalami depresi bernama Shania yang telah kehilangan adik tersayang ketika umurnya masih muda dan mengalami depresi akibat peristiwa tersebut.

Drama lakonan Dira Abu Zahar, Anna Dahlia, Norman Hakim dan Kapt. Mohd Noor yang disiarkan pada 19 Ogos 2011, jam 1.30 petang di TV2 itu mengisahkan perkenalannya dengan Dira di bengkel Rasul menjadikannya obses dengan Dira dan berazam ingin memiliki Dira walau dengan apa cara sekalipun.

Babak permulaannya di mana Shania diterima bekerja di bengkel motor Rasul, duda beranak satu tanpa ada sebarang prasangka oleh Rasul. Selama menjalankan kerjanya, Shania tekun menjalankan tugasnya dan jarang menjaga tepi kain orang lain. Dunia Shania hanya dia yang mengetahuinya.

Pun begitu, hal tersebut langsung tidak menjadi hal bagi Rasul yang sedang menjalin hubungan cinta dengan Dira. Dira pula sering makan hati dengan Rasul yang sering diganggu oleh bekas isterinya. Pada Dira, Rasul tidak serius dalam berhubungan dengannya kerana sering melayan bekas isterinya, sedangkan Rasul pula sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan pada bekas isterinya lagi.

Shania terpandangkan Dira di bengkel Rasul suatu hari dan cuba merapatkan dirinya dengan Dira. Shania menjadi teman Dira melepaskan segala yang terbuku di dada. Masalah Dira dengan majikannya cuba diselesaikan oleh Shania, begitu juga dengan Rasul.

Shania melarang Dira menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki kerana baginya lelaki semuanya tidak boleh dipercayai. Lelaki hanya akan menyebabkan Dira bersedih hati. Awal perkenalan Dira dengan Shania amat menyenangkan hati Dira. Namun lama kelamaan, Dira mula perasankan perubahan pada diri Shania. Shania mula cuba menjadi Dira, sehinggakan sampai satu masa cuba merapatkan diri dengan Rasul.

Hal tersebut mendatangkan kebimbangan pada Dira dan mula bertindak menyiasat latar belakang Shania. Sedikit demi sedikit rahsia Shania mula dihidu dan ini memaksa Shania bertindak melarikan Dira dan membunuh Rasul. Dira terpaksa mengikuti rentak permanan Shania sambil cuba mencari ilham untuk melepaskan diri. Kedatangan Salem mencari Dira telah menyelamatkan Dira dari menjadi mangsa depresi Dira.

Dira Abu Zahar lakonkan watak pengidap depresi

antara babak dalam Orang Luar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustazah Pilihan Minggu Ke 3

Gambar Mawi di Projek Beautiful Malaysia di Semporna Sabah