in ,

Dira Abu Zahar Dikecam Netizen Selepas Sindir Syed Saddiq di Twitter

Semalam, telah berlangsungnya perlawanan akhir antara Liverpool dan Real Madrid. Perlawanan ini menjadi popular kerana kedua-dua pasukan tersebut mempunyai ramai penyokongnya tersendiri di Malaysia terutamanya selebriti dan ahli politik. Antara penyokong tanahair ialah YB Syed Saddiq Abdul Rahman.

Dira Abu Zahar Sindir Syed Saddiq di Twitter

Selepas perlawanan tamat, YB dengan aksi berguara telah memuat naik status berkenaan perlawanan itu bertulis

Saya sarankan SPRM siasat keeper Liverpool. Hahahahaha

Ketika netizen lain memahami maksud gurauan itu, terdapat juga yang sentap dengan tweet yang ditulis YB. Muncul Dira Abu Zahar telah membalas tweet berbaur sindiran kepada YB ahli Parlimen Muar itu berbunyi

Yang Berhormat? Or more like Yang Budak-Budak.

Maka bagai cendawan tumbuh di pagi harilah bangkitnya netizen mempertahankan YB kesayangan mereka.

Dira Abu Zahar Sindir Syed Saddiq di Twitter

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dahlah Kereta Remuk, Barang Berharga Tunku Hanis Dikebas

Faizal Ismail Dedah Punca Gagal Tapis Soalan ‘Panas’ di FBI Live