in ,

Gambar Mawi di Projek Beautiful Malaysia di Semporna Sabah

Semalam telah berlangsung pelancaran Projek Beautiful Malaysia – Penanaman Terumbu Karang Terbesar di Jeti Pelancongan Semporna, Sabah. Budiey, sebagai wakil blogger turut sama dijemput untuk membuat liputan event ini bersama dengan beberapa media yang lain. Terima kasih buat Astro yang memberi peluang dan menaja Budiey.com untuk hadir di majlis ini.

Terbang dari LCCT Sepang ke Tawau pada 14 Oktober lalu bersama dengan serombongan artis yang bakal buat persembahan. Antaranya, Stacy, Adira, Bob dan Mawi.

Projek Beautiful Malaysia ini bertujuan untuk menyahut matlamat Kementerian Pelancongan Malaysia bagi memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan. Astro melalui projek Astro Kasih telah melakar sejarah tersendiri dengan menempa nama dalam Malaysia Book of Records apabila seramai 50 orang penyelam termasuklah 25 orang daripadanya adalah kakitangan Astro berjaya memecah rekod penanaman terumbu karang terbesar di Malaysia dalam masa sehari sahaja. Tahniah buat Astro & Astro Kasih.

Majlis pelancaran Projek Beautiful Malaysia – Penanaman Terumbu Karang Terbesar dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia.

Mawi menghiburkan hadirin yang terdiri daripada penduduk sekitar Semporna dengan lagu-lagu popularnya seperti Kian, Lagu Jiwa & Lagu Cinta berduet dengan Bob dan sebuah lagu R&B.

Ramai betul orang Tawau yang bersorak-sorak dan minat dengan Mawi.

Mawi

Mawi

Mawi

Mawi

Mawi

Mawi

Mawi

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Telemovie Orang Luar Lakonan Dira Abu Zahar & Norman Hakim

Dokumentari Sundait Sabah Di TV2