in , ,

Apabila Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar

Status Dira Abu Zahar di Twitter yang menyifatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘YB Budak-budak’ turut mendapat perhatian aktres Sharifah Amani.

Amani berkata, dia berbangga apabila rakannya, Dira, mempunyai azam yang tinggi, namun tidak faham kenapa aktres berkenaan cuba menimbulkan kekecohan di laman sosial.

“Yelah kau kawan aku. Aku bangga bila kau berazam nak jadi pembangkang yang ‘power’. Buat keluarga kau bangga. Lindungi dan perjuangkan hak wanita dan penggiat seni tapi ‘part’ hang duk picit-picit phone cari pasal tu aku tak fahamlah. Orang tu nak tengok bola pun tak senang,”

Amani mengulas status Dira yang mempersoalkan kenyataan ahli Parlimen Muar itu yang meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pasukan itu kalah menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah pagi Ahad.

Dira yang juga exco Puteri Umno mempersoalkan sama ada status itu wajar ditulis oleh seseorang bergelar Yang Berhormat (YB).

Sementara itu, Dira bertanyakan kenapa dia tidak boleh membuat kenyataan seperti itu di laman sosial sedangkan orang lain boleh.

Bagaimanapun, Amani menjawab aktres berkenaan tidak perlu menyamakan dirinya dengan orang lain (netizen).

Dia juga meminta supaya Dira lebih fokus kepada perkara yang lebih besar dalam kehidupannya.

“Kau sama kan diri kau dengan orang lain? Kalau macam tu perdebatan kita sampai kiamat tak selesai.

“Kau ada perkara yang lebih besar untuk diberi perhatian. Jangan bandingkan diri dengan orang yang kau tak suka pun. Kau nak jadi macam diaorang ke? Kau lebih baik dari mereka,” tulisnya.

Pada akhir perbualan itu, kedua-dua selebriti ini mengambil sikap positif dan mahu menyambung perbualan mereka di aplikasi Whatsapp.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EKSKLUSIF: Ramadan & Raya Buat Mawi & Anas Penyampai ZAYAN

LOKA Hub Fesyen Selebriti Popular