in ,

Video Ifa Raziah Pengsan Prank Sambut Birthday Suami Tular di Sosial Media

Sejak malam tadi, kecoh di laman sosial apabila rakaman video memaparkan aksi penyanyi dan pengacara sensasi Ifa Raziah pengsan menjadi tular dan diperkatakan netizen. Pemenang trofi Artis Versatil Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) selama dua tahun berturut-turut itu mengaku tidak cukup rehat hingga menyebabkan dirinya tidak bermaya lalu pitam.

Video Ifa Raziah Pengsan Prank Sambut Birthday Suami Tular di Sosial Media

Bagaimanapun kata Ifa, dia belum sempat memuat naik video sambutan hari jadi suaminya di Instagram. Dalam pada itu, Ifa berkata, dia menggunakan idea untuk pengsan kerana kebetulan dia sedang demam dan mengalami batuk akibat terlalu kuat bekerja.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit itu turut kelihatan suami Ifa iaitu Mohd Yani Abdul Rahman kelihatan panik merangkul isterinya yang rebah ke lantai. Keadaan juga bertukar kecoh apabila beberapa rakan artis yang terlibat dalam penggambaran video muzik lagu berjudul Dangdut Lebaran turut panik melihat keadaannya.

Ifa Raziah

Insiden itu dirakamkan ketika Ifa menjalani penggambaran video muzik lagu Dangdut Lebaran bersama artis lain termasuk Sheeda dan Ani Mayuni.

“Jujur saya memang terlupa hari jadi suami sendiri dek terlalu sibuk dengan kerja, nasib baik pembantu saya ingatkan.

“Saya ingin berikan kejutan kepadanya dan dua rakan baik saya iaitu Ani Mayuni dan Sheeda memberikan idea agar saya buat-buat pengsan ketika penggambaran untuk kenakan suami. Memang dia gelabah apabila melihat saya rebah dan ketika itulah rakan-rakan lain membawa keluar kek untuk meraikan hari jadinya,”

“Sejak menang trofi Artis Versatil Popular untuk kali kedua pada ABPBH 3.0 bulan lalu, tawaran membuat persembahan tak putus-putus hingga saya kurang berehat.

“Saya terima ini sebagai rezeki. Ketika kejadian, saya sebenarnya demam dan tak larat. Namun saya gagahkan juga menjalani penggambaran video muzik,” katanya. Bagaimanapun, katanya, keadaannya ketika ini stabil.

“Saya tak pergi ke hospital pun dan hanya pulang ke rumah berehat. “Hari ini saya akan ke Pulau Pinang kerana menjayakan persembahan di sana,” katanya.

Ditanya berhubung hadiah istimewa untuk suaminya, Ifa bagaimanapun berkata dia belum berkesempatan untuk membeli hadiah namun akan berbuat demikian.
Lagu Dangdut Lebaran adalah projek khas Persatuan Bintang Dangdut Malaysia yang turut menampilkan ahli-ahli persatuan itu.

Sumber: Berita Harian & Mstar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reaksi Netizen Apabila Lagu Duet Fattah Amin & Fazura CINDERELLA No.1 di iTunes

Aiman Hakim Hero Raysha Rizrose dalam Telemovie APA DAH JADI