in

Teater Juta Juta di Stor DBP

PEMENTASAN TEATER JUTA JUTA DI STOR DBP (DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA) 21 HINGGA 25 SEPTEMBER 2011

MASK Team dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal mementaskan sebuah teater bajet Teater Juta – Juta di Stor DBP, Kuala Lumpur dari 21 September hingga 25 September 2011 jam 8.30 malam.

Teater yang mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni. Mereka membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan banyak pihak. Walau bagaimanapun, perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka.

Teater Juta Juta

Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton? Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton? bersama-sama kita saksikan kesudahannya.

Bagi sesiapa yang meminati seni teater tanah air tentunya akan menanti-nanti karya terbaharu daripada Fasyali Fadzly. Beliau sebelum ini pernah mengarah dan menulis beberapa buah teater. Paling terkini adalah teater KOTAK HITAM (sebuah monodrama) yang dipentaskan di Stor Teater DBP baru baru ini. Selain itu beliau turut pernah mengarah beberapa karya lain seperti Berani Mati (2009), Oedipus (2010) dan banyak lagi.

Aloy Paradoks pula adalah aktivis teater dan seni indiependent tanah air yang sedang mencipta nama. Beliau kini sedang giat menyiapkan sebuah novel bertajuk Nurul Asyikin. Selain itu, beliau turut pernah mengarah dan menulis karya teater seperti Hegemoni, Merocok-rocok dan Nautika juga sebuah filem bertajuk Kontradiksi untuk tayangan 2012. Juga aktif menganjurkan event seni sekitar Kuala Lumpur.

Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak peru diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya yang telah banyak terlibat dalam kegiatan seni indie sekitar Kuala Lumpur. Dari bacaan puisi, penulisan cerpen, lakonan, penerbitan dan banyak lagi. Antara pembikin filem pendek wanita yang aktif malah beliau turut mengatur beberapa kegiatan seni di sekitar Kuala Lumpur.

Anas Ridzuan adalah seorang pelajar dari Fakulti teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM dalam bidang teater. sebelum ini beliau banyak terlibat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan di dalam kampus. Beliau yakin kini adalah masa yang sesuai untuk beliau menembusi pasaran luar untuk memajukan diri dalam bidang lakonan dan pengarahan.

Teater berkonsepkan satira yang berdurasi 1 jam 15 minit ini membariskan para pelakon teater yang berpengalaman seperti Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Riduan.

Pas pas masuk berharga RM20 boleh didapati pada hari persembahan dan untuk tempahan individu mahupun berkumpulan boleh menghubungi Cik Ajune di talian 012 – 2789352

Maklumat lanjut boleh layari facebook.com carian teater Juta Juta.

Teater Juta Juta

Teater Juta Juta

Teater Juta Juta

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siapa Pemenang Anugerah My Kids Awards

Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Tayangan Eksklusif Filem AL-HIJAB