in ,

Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Tayangan Eksklusif Filem AL-HIJAB

Hadiah Bonus Untuk Korang! Jadilah 30 orang penonton pertama Filem AL-HIJAB lakonan Pierre Andre & Nur Fathia.

Yuhuuuuu! Korang mahu menghadiri Majlis Tayangan Eksklusif Filem AL-HIJAB bersama para Pierre Andre & Nur Fathia tak? Kalau anda boleh hadir, nah! Inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem seram terbaru yang pasti mendebarkan ini.

Filem ini dikatakan adalah sentuhan Pierre yang paling seram berbanding filem-filem seram yang pernah dihasilkan beliau sebelum ini. Menerapkan segala pengalaman yang dilalui oleh Pierre sendiri, filem ini seolah-olah mempunyai nyawa yang mampu memberi impak kepada penonton. Takut, cemas dan mendebarkan adalah lumrah perasaan yang dirasai ketika menonton filem bergenre seram, namun sedikit kelebihan Al-Hijab, ia mungkin mempengaruhi minda penonton tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas untuk dilakukan!

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab yang diterbitkan oleh Empat Semudra ini mengisahkan Rafael yang ingin membuka hijabnya untuk melihat makhlus halus. Namun hanya seorang mampu melaksanakan cita-citanya. Tetapi bersediakah Rafael untuk menghadapi risikonya? Semuanya terjawab bermula 6 Oktober ini!

Sensasi Selebriti ingin memberikan 30 pass PERCUMA untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di majlis ini yang akan diadakan pada:

Hari & Tarikh:
Hari Selasa – 20 September 2011

Masa:
7.30 malam

Tempat:
Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara

BAGAIMANA CARANYA?

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya ingin hadir di Majlis Tayangan Eksklusif Filem AL-HIJAB kerana… (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

17 September 2011

Tajuk Email: Jemputan Majlis Tayangan Eksklusif Filem AL-HIJAB – Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Keputusan juri adalah muktamad.
  6. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Semua pembaca Budiey.com dijemput untuk LIKE fan page Al-Hijab : http://www.facebook.com/FilemAlHijab

Jom sama-sama kita saksikan trailer filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

Filem Al-Hijab

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Teater Juta Juta di Stor DBP

Hantu Bonceng Catat Kutipan RM 8.35 Juta