in , ,

Amylea Azizan Kasi Teaser Lagu Drama NUR 2 Berjudul TETAP KAMU

Semalam, penyanyi Amylea Azizan telah mengeluarkan video teaser lagu terbaru berjudul TETAP KAMu yang dihasilkan oleh komposer Farouk Roman.

Untuk kekal relevan dalam industri muzik, seseorang penyanyi itu perlu menghasilkan lagu-lagu yang hebat dan hits. Barulah boleh digelar ‘killer songs’. Kalau boleh lagu yang dihasilkan tu lagi hebat dari apa yang dihasilkan sebelum ini. Barulah nama akan kekal disebut dan terus sukses. Betul tak geng?

Lagu TETAP KAMU merupakan salah satu lagu yang akan diselitkan dalam drama NUR 2 yang akan disiarkan di kaca TV3 tidak lama lagi. Menurut Amylea lagu ini bakal dilancarkan serentak dengan tayangan drama iaitu pada bulan Mac 2019.

Tetap Kamu Amylea Azizan

Untuk lagu TETAP KAMU, Amylea Azizan tidak bergandingan dengan Kaer tapi memperkenalkan seorang penyanyi lelaki bernama Megat. 

Adakah lagu TETAP KAMU sekuat dan seteguh lagu TAK PERNAH HILANG? Adakah lagu ini bakal membawa Amylea Azizan beraksi di pentas 

“Releasing this baby soon, cant wait to share it with everyone! 

Amylea X Megat | ya cuz i started the X here in Malaysia for my duet projects… chinggg…

Brewed by @farouk_roman & pressed by me, here is a sip of whats coming… and it will tear u apart! .”

– Amylea Azizan

Semoga dengan kelahiran lagu TETAP KAMU dapat menandingi lagu TIDAK PERNAH HILANG yang sudah cukup dan dianggap legendary.

Tak Pernah Hilang is legendary , 🔥

– Amylea Azizan

Menurut Amylea, beliau rasa sangat tak sabar untuk melancarkan single TETAP KAMU buat tatapan semua peminatnya. 

Ini merupakan projek kedua Amylea selepas melahirkan TAK PERNAH HILANG yang menjadi fenomena di tahun 2018. 

Beberapa komen nampaknya cukup positif dan memberikan semangat buat Amylea. 

“Nice good Amylea Azizan for next songs 😍”

“I cannot wait for it already!!!!!!!”

“next year AJL 34 finalist to be… “

Semoga Amylea Azizan terus sukses untuk lagu ini. Khabarnya, ada beberapa lagi lagu terbaik akan dimuatkan dalam drama NUR 2 nanti. Sama-sama kita nantikan.

Penampilan Amylea Azizan & Kaer di Karpet Merah AJL33

Amylea Azizan &Amp; Kaer Di Ajl 33
Amylea Azizan &Amp; Kaer Di Ajl 33
Amylea Azizan &Amp; Kaer Di Ajl 33
Amylea Azizan &Amp; Kaer Di Ajl 33

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Veteran Mak Jah Masuk Hospital

Mövenpick Resort & Spa Jimbaran Bali Joins the Fight to Eliminate Single-Use Plastics