in ,

Pelakon Veteran Mak Jah Masuk Hospital

Pelakon veteran Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah dimasukkan ke Hospital Ampang pagi semalam.

Difahamkan, Mak Jah, 70, dimasukkan ke hospital itu kerana menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan darah.

Sebelum ini pada 2014, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah disahkan menghidap kanser rahim tahap satu.

Malah pelakon yang terkenal menerusi beberapa buah drama seperti Fatimah Juling, Halimah Jongang dan Awan Dania itu turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Mak Jah yang mula aktif berlakon pada 1987 telah membintangi lebih daripada 100 buah drama dan menjayakan berpuluh buah filem antaranya Mami Jarum, Lady Boss, Hingga Hujung Nyawa, Volkswagen Kuning, Jutawan Fakir, Sara, Bujang Senang dan Cinta Fotokopi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Juara Lagu 33 Trending di Youtube Malaysia

Amylea Azizan Kasi Teaser Lagu Drama NUR 2 Berjudul TETAP KAMU