in , ,

“Tak Payah Bising,”- Ini Komen Scha Alyahya Apabila PKP Dilanjutkan

Setelah berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir sebulan, rakyat Malaysia menjangkakan MCO akan berakhir selepas pesanan dari DG Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Hisham Noor yang mengatakan bahawa PKP tidak mungkin berpanjangan demi kebaikan ekonomi negara.

Dalam sidang media semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa MCO 2.0 akan dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021 ke seluruh negara kecuali di Sarawak.

Berita ini turut mendapat perhatian beberapa orang selebriti tanah air antanya pengacara dan pelakon, Scha Alyahya. Scha berkata perlanjutan PKP ini adalah penting demi kebaikan bersama. Namun dia bersimpati kepada yang mengalami masalah kewangan yang terjejas sepanjang PKP.

“Ia sangat perlu, ia perlu dilakukan, tetapi kesian yang kewangan terjejas dan dalam keadaan tertekan. Ada yang tidak mempunyai pendapatan sama sekali. Jadi berpada-pada bila nak komen, tak payah bising lebih sebab semua cari makan kan. Dan tolong jika anda mampu,”

IG Stories Scha Alyahya

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata SOP akan diperketat selepas ini. Sebagai contoh, di pasar dan kedai runcit, akan ada batasan jumlah orang yang memasuki kedai serupa dengan PKP pertama.

Walaubagaimanapun, senarai lengkap SOP akan dikeluarkan oleh MKN dalam amsa terdekat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Amira Othman, SURAT AKHIR Jadi OST Drama Hebat di Slot Megadrama Astro Ria

Isa Samad Dihukum Penjara 54 Tahun, Denda RM15.45 Juta