in , ,

“Tak Hadap Jadi Juri Program Najis, Saya Kelas Dunia,” – Azwan Ali

Diva AA tak main la kalau program tu sangkak ek? Dia kan world class, gitu!

Pengacara sensasi, Azwan Ali telah mendedahkan ramai pihak mahu dirinya menjadi salah seorang juri sebuah program realiti yang sedang hangat diperkatakan ramai ketika ini.

Bagaimanapun, Diva AA berkata dia menolak sekerasnya jika sekiranya ditawarkan untuk menggalas tugas sebagai juri program berkenaan.

AZWAN ALI

“Bilion tag kenapa bukan Diva AA sebagai juri? Diva AA selamba jawab, tidak hadap pun sebagai juri program najis,”

– Azwan Ali

Menerusi perkongsian di Twitter itu, Diva AA beranggapan dirinya mempunyai kelas yang tersendiri dan hanya menerima tawaran program yang berkualiti.

“Saya berkelas dunia, kau sekolah tak?? Gthhh Puiii,”

– AZWAN ALI

Sejak Isnin lal hangat diperkatakan mengenai program berkenaan oleh netizen di media sosial apabila mengambil individu yang tidak sesuai sebagai peserta.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Bakal Tampilkan Peranti Dengan Keistimewaan Fotografi Dalam Cahaya Malap

Tahniah! Wak Doyok Dilantik Jadi Duta Syarikat Pelaburan, Tapi Ini Pula Kata Netizen