in , ,

Samsung Bakal Tampilkan Peranti Dengan Keistimewaan Fotografi Dalam Cahaya Malap

Samsung Bakal Tampilkan Peranti Dengan Keistimewaan Fotografi Dalam Cahaya Malap di Acara Samsung Unpacked 2022

Acara Galaxy Unpacked 2022 akan dilangsungkan pada hari esok, 9 Februari dan Samsung Electronics mengeluarkan keupayaan fotografi telefon pintar cahaya malap canggihnya dengan kempen papan iklan 3D. 

Bermula pada 4 Februari, kempen “Tiger in the City” Samsung menunjukkan harimau 3D gergasi yang mengaum pada paparan 3D digital di New York, London, Dubai, Kuala Lumpur dan Seoul.

Harimau 3D menembusi halangan digital untuk mempamerkan barisan telefon pintar Samsung teknologi fotografi telefon pintar seterusnya dalam cahaya malap.

Anda boleh lawati Pavilion, Kuala Lumpur untuk melihat pameran harimau 3D ‘Tiger in the City’ yang akan berlangsung esok.

Selain itu, anda juga boleh mendaftar untuk menempah telefon pintar Galaxy S yang seterusnya dengan rebat tambahan RM200 untuk digunakan tersedia sehingga 9 Februari. Berikut merupakan langkah mudah untuk anda menempah Galaxy S seterusnya:

Anda boleh menonton acara Samsung Unpacked secara langsung di laman web rasmi Samsung, YouTube Samsung Malaysia, Facebook Samsung Malaysia dan News Samsung pada pukul 11 malam pada 9 Februari 2022. Terdapat beberapa peranti yang akan akan ditunjukkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamarul Hisyam | 20

Sinopsis Drama Bersiri NURLAILA Arahan Pengarah Terkenal Heykal Hanifah

Azwan Ali | 21

“Tak Hadap Jadi Juri Program Najis, Saya Kelas Dunia,” – Azwan Ali