in , ,

Tahniah! Wak Doyok Dilantik Jadi Duta Syarikat Pelaburan, Tapi Ini Pula Kata Netizen

Tahniah Wak Doyok Dilantik Jadi Duta Syarikat Pelaburan! Sukses Selalu!

Usahawan dan selebriti media sosial Wak Doyok meluahkan rasa teruja apabila dipilih menjadi duta kepada syarikat broker global yang dikenali sebagai OctaFX.

Wak Doyok meluahkan rasa terima kasih kepada pihak syarikat global itu yang melantiknya sebagai duta dan akui berasa berbesar hati untuk berkongsi dengan pengikutnya di media sosial berkaitan pelaburan.

WAK DOYOK

“Wak excited sangat hari ni kerana dengan rasminya Wak dilantik sebagai Ambassador OctaFX. Terima kasih Octafx kerana memberi peluang dan kepercayaan pada Wak sebagai good partner dalam OctaFX.

Wak berbesar hati untuk kongsikan dengan follower Wak untuk berjaya dalam OctaFX ni,”

– Wak Doyok

Netizen Pertikai Forex Hukumnya Haram Di Sisi Agama Islam

Terdapat netizen menegur Wak mengenai hukum melakukan pelaburan tukaran mata wang asing atau forex kerana ia melibatkan harta ribawi, mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.

Sehingga kini, Wak Doyok memberikan sebarang kenyataan berhubung persoalan peminat yang diajukan kepadanya.

Selain Wak Doyok, pelakon kacak, Fizo Omar turut dipilih menjadi duta syarikat tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Tak Hadap Jadi Juri Program Najis, Saya Kelas Dunia,” – Azwan Ali

Elfira Loy Gesa Orang Ramai Ambil Suntikan Dos Penggalak