in , ,

Tajul & Afieq Shazwan Bergabung Nyanyi Lagu Achik Spin Berjudul MALAM SEMAKIN DINGIN

Tajul & Afieq Shazwan Telah Bergabung Menyanyikan Sebuah Lagu Duet Berjudul MALAM SEMAKIN DINGIN Sebuah Lagu Ciptaan Aiman Dan Lukhman S Yang Diberikan Nafas Baru Ini Tentunya Akan Mengimbau Kembali Kenangan Dan Kerinduan Pada Achik Dan Kumpulan Spin.

LAGU-LAGU dendangan kumpulan Spin sejak dulu hingga kini masih lagi digemari ramai, termasuklah pendengar generasi baharu.

Justeru itu, kalau yang suka berkaraoke, lagu-lagu dendangan Achik Spin seperti Janji Kita, Memori Berkasih (duet), Gurauan Berkasih dan Malam Semakin Dingin, antara yang menjadi pilihan.

Tiba tiba meledek, lagu MALAM SEMAKIN DINGIN hangat menjadi viral di laman sosial. Timbul banyak permintaan yang mahu Tajul nyanyikan semula lagu yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Achik. 

“Sejujurnya saya agak nervous juga bila FMC panggil untuk bincangkan tentang lagu ni, tetapi bila Mr. Ho cakap akan diduetkan dengan Afieq saya lega dan bersetuju,”

– Tajul 
Tajul
Tajul

MALAM SEMAKIN DINGIN merupakan sebuah lagu ciptaan Aiman dan Lukhman S yang diberikan nafas baru ini tentunya akan mengimbau Kembali kenangan dan kerinduan pada Achik dan kumpulan Spin.

“Cuma jangan bandingkan vocal saya dengan Achik, walaupun kami adik beradik tentunya cara nyanyian dan kemampuan Vocal kami berbeza. Apa pun saya memang sangat mengagumi vocal Achik”

– Tajul 
Tajul &Amp; Afieq Shazwan Bergabung Nyanyi Duet Lagu Malam Semakin Dingin

Menurut Afieq pula beliau cukup teruja dan bersemangat untuk menyanyikan lagu ini kerana mendapat sambutan dan diterima oleh ramai peminat muzik tanahair.

“Pada awalnnya saya hanya nyanyi (cover) lagu ni dan post di Tik Tok dan Facebook. Alhamdulillah view memberangsangkan. Di facebook sahaja mencecah setengah juta view dan banyak komen yang minta saya buat full version. Bila saya diberi peluang untuk duet lagu ni bersama Tajul terus saya cakap YES! Sebab tajul ialah adik Achik dan kami anggap ini adalah Tribute untuk Allahyarham Achik”

– Afieq Shazwan

Tambah Afieq, proses rakaman dilakukan berulang kali dan secara berasingan. Ini kerana setelah vokal siap dirakamkan dan didengarkan kembali, timbul idea untuk penambahbaikan dan touch up mana-mana bahagian yang dirasakan kurang. Beliau juga meluahkan rasa teruja bila dapat merakamkan lagu yang sebegini.

“Lagu ni memang dah selalu Tajul nyanyikan kat karaoke, saya akui memang mencabar juga untuk nyanyikan lagu ni sebab agak tinggi juga la kan.

Tetapi saya bersyukur kerana dapat berduet dengan Afieq yang sangat membantu dan memudahkan proses rakaman. Kami tak ambil masa yang lama untuk siapkan lagu ni.

Sewaktu record lagu ni, jujur saya cakap ada timbul rasa sebak dalam hati dan rindu kat Achik.

Walaupun sewaktu hayat Achik kami tidak la terlalu rapat kerana jarang berjumpa sebab Achik sibuk dengan kerjaya seninya. Apa pun saya bersyukur dan gembira kerana dapat nyanyikan semula lagu abang saya,”

– Tajul 
Tajul &Amp; Afieq Shazwan Bergabung Nyanyi Duet Lagu Malam Semakin Dingin

Afieq juga meluahkan rasa teruja bila dapat merakamkan lagu yang sebegini. 

“Saya suka sebenarnya lagu macam ni, inilah diri saya . Sebelum ni dalam pertandingan dan program realiti yang saya sertai, saya tak berpeluang nyanyikan lagu – lagu yang sebegini. Saya sangat berpuas hati sebab dapat meluahkan dan menyanyi dalam feel 90 an. Sewaktu rakaman saya juga menyampaikannya lagu ini dengan cara 90. Bukan tercedok cara Achik menyanyi, tetapi saya menghormati lenggok dan cengkok melayu yang dinyanyikan penyanyi asal. Kalau kita dengar lagu – lagu era 90an cara nyanyian mereka memang berbeza dengan penyanyi masa kini. Harapan saya semoga pendengar dapat terima lagu Malam Semakin Dingin dalam nafas baru versi 2021 ni,” – Afieq Shazwan

Malam Semakin Dingin – Duet Tajul dan Afieq Shazwan mula di lancarkan di youtube FMC Music mulai  15hb September 2021 jam 3 petang, manakala boleh di dengar semua digital platform – Joox, Spotify dan sebagainya  mulai jam 12 tengah malam ini– 16hb September 2021.

Lirik Lagu MALAM SEMAKIN DINGIN

Song – Malam Semakin Dingin

Artist – Tajul & Afieq Shazwan

Aku cuba untuk mendekati

Tapi engkau tiada peduli

Tulusnya niat di hati

Mungkin kau tersalah erti

Bukanlah ingin merantai diri mu

Atau pun mengikat janji

Masih ada banyak lagi

Harus kau pelajari

Aku ingin kemesraan

Serta senyum keramahan

Biar kekal berterusan

Tak hilang di tengah jalan

Kau rahsiakan kedinginan

Menyelimuti hati

Aku juga kedinginan

Kerana sikapmu itu

Walaupun setebal mana

Selimut membaluti

Aku masih kedinginan

Sepi tanpa berteman

Kedinginan mu

Kerana malam

Yang masih lagi Panjang

Kedinginan mu

Jauh bandingan

Dengan dirimu

Usah biar malam tak berteman

Usah biar siang kekosongan

Sudilah kau memahami

Ketulusan hati ini

Andai aku merajuk bawa hati

Dan kau pun membawa diri

Siapa harus disalahkan

Pasti kita berdua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ismail Sabri Menteri Pertahanan | 22

Jom Raikan Tempat Tinggal yang Kita Gelar Rumah di Hari Malaysia

Atiq | 23

Atiq Azman Alami Pendarahan, Kena 5 Jahitan Terhentak Batu Ketika Mandi Di Sungai